Amil Jazam
وَالۡجَوَازِمُ ثَمَانِيَةَ عَشَرَ( Mufrad jazam, jamak jawazim )
Aladawatu, adat2 atau huruf yg menjazamkan feel mudhare ada 18.
Haraf-haraf Jazam adalah seperti berikut:
1. لَمْ - tidak / belum
2. لَمَّا - belum lagi
3. أَلَمْ - adakah tidak
4. لَمَّا أَ - apakah belum
5. الدُّعَاءِ وَ لَامُ اَلْأَ مْرِ - hendaklah (perintah) dan sudilah kiranya
6. الدُّعَاءِ وَ لَافي اَلنَّهْي - larangan / janganlah kiranya
7. إِنْ - jika
8. مَا - apa
9. مَنْ - siapa
10. مَهْمَا - bagaimana
11. ذْمَا إِ - apabila
12. ي أَ - yang mana
13. مَتَ - bila
14. أَيْنَ - ke/di mana
15. أَيَّانَ - apabila/di mana
16. أَنَّى - bagaimana
17. حَيْثُمَا - di manapun/ bilamana (merujuk tempat)
18. كَيْفَمَا - sebagaimana ( merujuk kelakuan)
ذًا إِ - apabila فِي الشعْرِ خاصة
Lapan belas adat-adat atau Haraf Jazam yang menjazamkan fe’el mudhare’ di atas terbahagi kepada dua bahagian.
1. تُجْزَمُ فِعْلًا وَاحِدًا
Bahagian yang pertama, setiap satu haraf menjazamkan satu feel.
2. تُجْزَمُ فِعْلَيْنِ
Bahagian yang kedua, setiap satu haraf menjazamkan dua feel.
Bahagian pertama yang menjazamkan satu fe’el, ada 6 huruf,
لَمْ , لَمَّا, أَلَمْ , أَ لَمَّا ,
لَامُ اَلْأَ مْرِوَالدُّعَاءِ & لَافي اَلنَّهْي وَالدُّعَاءِ .
Ijmak ulamak nahu menyatakan enam perkataan ini HARAF maksudnya ianya bukan isim dan bukan fe’el.
Keterangan kepada bahagian pertama:
تُجْزَمُ فِعْلًا وَاحِدًا
1. Amil Jazam لَمْ
bermaksud TIDAK
Haraf لَمْ ada 3 fungsi
1. Nafi نَفى
bermaksud menafikan sesuatu perbuatan
2. Bersifat sebagai Haraf jazam جَزْم
Mematikan fe’el mudhare’ selepasnya
3. Qalbin قَلْبٍ, ubah
mengubah makna fe’el mudhare’ kepada fe’el madhi
contoh:
لَمْ يَحْضُرْ اَمْسِ
Dia tidak hadir semalam
Dari segi teknikal لَمْ يَحْضُرْ adalah Present Tense tapi dari segi makna membawa maksud Past Tense.
Jika ayat di atas ditulis لَمْ يَحْضُرُ غَدًا
(dia tidak datang besok), ayat ini salah kerana tidak memenuhi ketiga-tiga fungsi لَمْ
Ayat yang betul sepatutnya berbunyi لا يَحْضُرُ غَدًا
Contoh Quran Surah Al Hujurat ayat 14
قَالَتِ ٱلۡأَعۡرَابُ ءَامَنَّاۖ قُل لَّمۡ تُؤۡمِنُواْ وَلَٰكِن قُولُوٓاْ أَسۡلَمۡنَا وَلَمَّا يَدۡخُلِ ٱلۡإِيمَٰنُ فِي قُلُوبِكُمۡۖ وَإِن تُطِيعُواْ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥ لَا يَلِتۡكُم مِّنۡ أَعۡمَٰلِكُمۡ شَيۡـًٔاۚ إِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٞ رَّحِيمٌ
Orang-orang " A'raab" berkata: " Kami telah beriman". Katakanlah (wahai Muhammad): "Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: ` kami telah Islam '. Dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".
Orang-orang " A'raab" berkata: " Kami telah beriman". Katakanlah (wahai Muhammad): "Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: ` kami telah Islam '. Dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".
Contoh 2: Surah An Najm ayat 36
أَمۡ لَمۡ يُنَبَّأۡ بِمَا فِي صُحُفِ مُوسَىٰ
Atau belumkah ia diberitahu akan apa yang terkandung dalam Kitab-kitab Nabi Musa -
2. Amil Jazam لَمَّا
Bermaksud BELUM LAGI
Haraf لَمَّا memiliki sifat yang sama dengan لَمْ
Qalbin menukar petunjuk masa dari feel mudhare kepada fe’el madhi
Contoh: Surah Sod ayat 8:
أَءُنزِلَ عَلَيۡهِ ٱلذِّكۡرُ مِنۢ بَيۡنِنَاۚ بَلۡ هُمۡ فِي شَكّٖ مِّن ذِكۡرِيۚ بَل لَّمَّا يَذُوقُواْ عَذَابِ
(Mereka berkata lagi): Patutkah wahyu peringatan itu diturunkan kepada Muhammad (padahal orang-orang yang lebih layak ada) di antara kita?" (Mereka bukan sahaja ingkarkan kelayakan Nabi Muhammad menerima wahyu) bahkan mereka berada dalam keraguan tentang peringatan yang Aku wahyukan (kepada Nabi Muhammad) itu, bahkan mereka belum lagi merasai azab.
Alamat jazam pada لَّمَّا يَذُوقُواْ adalah hazaf nun
Jika ayat berbunyi
اَخبَرَنِى بِاَنَّهُ لَمَّا يَصِلۡ
Dia memberitahu saya bahawasanya dia belum lagi sampai.
Ini boleh dimaksudkan dia sedang dalam perjalanan.
Jika لَمَّا diganti dengan لَمۡ
اَخبَرَنِى بِاَنَّهُ لَمۡ يَصِلۡ
Bermaksud, dia tidak akan sampai.
Haraf لَمۡ memberi erti tidak pernah atau tidak akan.
Contoh dalam surah al Ikhlas ayat 3:
لَمۡ يَلِدۡ وَلَمۡ يُولَدۡ
Dia tidak beranak dan Dia tidak diperanakan..
maksudnya dari dulu-dulu, masa kini, atau bila-bilapun pada masa akan datang Dia ( Allah ) tidak beranak atau diperanakan dan dengan sebab itu digunakan لَمۡ.
Haraf لَمۡ kadang-kadang tidak menafikan masa akan datang. Tidak sampai pada masa sekarang mungkin masa akan datang, sampai.
Seperti contoh berikut:
لَمۡ اَدۡخُلُ فِى جَامِعَةِ اَلاَزۡهَارِ
Saya tidak pernah masuk Universiti Al Azhar.
Sehingga sekarang tidak pernah masuk tetapi pada masa akan datang mungkin saya boleh masuk.
Contoh:
طَبَخَتُ اَلۡاُمُّ اَلطَّعَامَ وَلَكِنۡ لَمَّا يَخۡلُصۡ
Ibu telah masak makanan tetapi belum lagi siap.
Haraf لَمَّا pula menunjukkan belum lagi. Tapi kedua لَمۡ dan لَمَّا bersifat qalbin yakni menukar masa sekarang kepada masa lepas.
-end-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan