Ahad, 13 Februari 2022

Kaana wa Akhawatuha

 

بَابُ العَوَامِلِ الدَاخِلَةِ عَلَى المُبْتَدَأِ وَالْخَبَرِ

Bab Amil-amil yang masuk kepada Mubtada dan Khabar


Jumlah Ismiyyah terdiri daripada dua unsur ,iaitu mubtada’ dan  khabar atau kata lain subjek dan predikat.

Contoh mubtada’/subjek dan khabar/predikat:

           مُحَمَّدٌ  كَرِيمٌ      - Muhammad itu mulia

 Kata nama   مُحَمَّدٌ   adalah mubtada’ manakala kata nama   كَرِيمٌ  merupakan khabar yang melengkapi makna ayat. Tanda i’rab bagi mubtada’/subjek dan khabar/predikat ialah baris dhammah/depan kerana ia adalah isim zahir mufrad    مُفْرَدٌ اسم  ظاهر

 ‘Awamil yang masuk kepada mubtada’ dan khabar dinamakan nawasikh, النَوَاسِجُ bermaksud mengubah yakni mengubah kedudukan mubtada’ dan khabar. Ia juga dinamakan nawasikh ibtida’.

 

وَأَخَوَاتُهَا وَظَنَّ وَأَخَوَاتُهَا ثَلاَثَةُ أَشْيَاءَ كَانَ وَأَخَوَاتُهَا وَإِنَّ وَهِيَ

‘Amil-amil yang mempengaruhi mubtada’ khabar terdiri daripada tiga perkara Kaana dan saudara-saudaranya, Inna dan saudara-saudaranya, Zhanna dan saudara-saudaranya.

 

1. Kaana dan saudara-saudaranya.

- ‘amil yang  merafa’kan/ membaris depan   mubtada’/ subjek (dinamakan sebagai isimnya ) dan  menasabkan/membaris atas khabar / predikat (dinamakan khabarnya).

 

2. Inna dan saudara-saudaranya.

- ‘amil yang  menasabkan / membaris atas   mubtada’/ subjek (dinamakan sebagai isimnya ) dan  merafa’kan / membaris depan khabar / predikat (dinamakan khabarnya).

 

3. Zhanna dan saudara-saudaranya.

- ‘amil yang menasabkan / membaris ataskan kedua-dua mubtada’/ subjek dan khabar/ predikat.

 

Fungsi Kaana dan saudara-saudaranya    

Lafaz Kaana dan Inna juga terkadang dikenali sebagai dua kalimah istimewa, antara kalimah yang banyak disebut di dalam al Quranul kareem. 

Kalimah Kaana, كَانَ  itu sendiri adalah kalimah fe’il tetapi rangkap yang dimulai dengan lafaz Kaana dan Inna serta adik beradiknya dikira sebagai Jumlah Ismiyyah.

Kaana dan saudara-saudaranya berfungsi merafa’kan mubtada’ kerana serupa dengan fa’il dan menasabkan khabar kerana serupa dengan maf’ul.

 

Kaana dan saudara-saudaranya    كَانَ وَأَخَوَاتُهَا  terdiri dari:

1.   Kaana  كَانَ - dia telah adalah

2.   Asbaha  أَصْبَحَ  -  dia telah berwaktu pagi

3.   Adha  أَضْحَى  - dia telah berwaktu dhuha

4.   Amsaa  أَمْسَى  - dia telah berwaktu petang

5.   Zalla  ظَلَّ  - dia telah sentiasa

6.   Bata  بَاتَ  - dia telah bermalam

7.   Ssoro  صَارَ  - dia telah menjadi

8.   Laisa  لَيْسَ   - telah tidak (menafikan keadaan)

9.   Ma Bariha / Laa Bariha   بَرِحَ لَا /  مَا بَرِحَ - selagi mana dia

10. Ma Zala/ Laa Zala   زَالَ لَا / زَالَ مَا - selagi mana dia

11. Ma Fatia/ Laa Fatia   فَتِئَ لَا / مَا فَتِئَ - selagi mana dia

11. Ma Anfaka/ Laa Anfaka   اِنْفَّكَ لَا  اِنْفَّكَ مَا  - sentiasa dia

13. Ma Dama   دَامَ مَا  -  selama mana dia

 

Lafaz  Kaana  كَانَ , Asbaha  أَصْبَحَ , Adha  أَضْحَى , Amsaa  أَمْسَى , Zalla  ظَلَّ , Bata  بَاتَ  , Ssoro  صَارَ  , Laisa  لَيْسَ   ( no 1-8 ) dapat beramal tanpa sebarang syarat.

 

Contoh lafaz umum jumlah ismiyyah:

 

          مُحَمَّدٌ  كَرِيمٌ  Muhammad mulia

 

Setelah dimasuki oleh fe’il كَانَ

          مُحَمَّدٌ  كَرِيمً كَانَ  -  Adalah Muhammad mulia

 

Dalam ayat Jumlah Ismiyyah yang pertama  مُحَمَّدٌ  adalah mubtada’ dan  كَرِيمٌ  adalah khabar. Hukum baris untuk mubtada’ dan khabar adalah marfuq dan kerana keduanya adalah mufrad, barisnya adalah dhommah/ baris depan dihujung kalimah.

 

Manakala bagi ayat yang kedua, setelah dimasuki oleh awamil kaana, lafaz khabar bertukar kepada fathah/ baris atas kerana hukum khabar telah menjadi mansub. Keadaan ini hanya berlaku kepada khabar mufrad sahaja.

 

Contoh-contoh lafaz penggunaan kaana dan saudara-saudaranya di dalam al Quran:

 

Firman Allah ta’ala: Surah An-Nisa' 4:17

إِنَّمَا ٱلتَّوۡبَةُ عَلَى ٱللَّهِ لِلَّذِینَ یَعۡمَلُونَ ٱلسُّوۤءَ بِجَهَـٰلَةࣲ ثُمَّ یَتُوبُونَ مِن قَرِیبࣲ

فَأُو۟لَـٰۤىِٕكَ یَتُوبُ ٱللَّهُ عَلَیۡهِمۡۗ وَكَانَ ٱللَّهُ عَلِیمًا حَكِیمࣰا

.. dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

 

Cara i’rab kata kerja  كَانَ

فِعْلُ مَاضٍ نَاقِصٌ مَبْنِيٌّ عَلَى الفَتْحِ  :  كَانَ 

اسْم كَانَ مَرْفُوْعٌ وَعَلاَمَةُ رَفْعِهِ ضَمَّةٌ ظَاىِرَةٌ لَفْظُ الجَلاَلَةِ:  ٱللَّهُ

 وَعَلاَمَةُ نَصْبِهِ فَتْحَةٌ ظَاىِرَةٌ   خَبَرُكَانَ مَنْصُوْبٌ  :  عَلِیمًا

 

Firman Allah ta’ala: Surah Al-Kahf 18:45

وَٱضۡرِبۡ لَهُم مَّثَلَ ٱلۡحَیَوٰةِ ٱلدُّنۡیَا كَمَاۤءٍ أَنزَلۡنَـٰهُ مِنَ ٱلسَّمَاۤءِ فَٱخۡتَلَطَ بِهِۦ نَبَاتُ ٱلۡأَرۡضِ فَأَصۡبَحَ هَشِیمࣰا تَذۡرُوهُ ٱلرِّیَـٰحُۗ وَكَانَ ٱللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَیۡءࣲ مُّقۡتَدِرًا

… lalu telah menjadilah ia kering hancur ditiup angin. Dan (ingatlah) adalah Allah MMaha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.

 

Firman Allah ta’ala: Surah Al-Mulk 67: 30

 قُـلْ أرَأيْـتُـمْ إنْ أصْـبـحَ مَـاؤُـكُـمْ غَـوْرًا فـمَـنْ يَـأتـيـكُـمْ بِـمَآءٍ مَـعِـيـنٍ

..jika menjadi air kamu masuk dalam tanah kering (hilang lenyap)..


Cara i’rab kata kerja  أَصْبَحَ

فِعْلُ مَاضٍ نَاقِصٌ مَبْنِيٌّ عَلَى الفَتْحِ  :  أَصْبَحَ 

اسْم أَصْبَحَ مَرْفُوْعٌ وَعَلاَمَةُ رَفْعِهِ ضَمَّةٌ ظَاىِرَةٌ مَـاؤُـكُـمْ

مَنْصُوْبٌ وَعَلاَمَةُ نَصْبِهِ فَتْحَةٌ ظَاهِرَةٌ   أَصْبَحَ  خَبَرُ   :  غَـوْرًا


Firman Allah ta’ala: Surah Al -Imran 3:36

فَلَمَّا وَضَعَتۡهَا قَالَتۡ رَبِّ إِنِّی وَضَعۡتُهَاۤ أُنثَىٰ وَٱللَّهُ أَعۡلَمُ بِمَا وَضَعَتۡ

وَلَیۡسَ ٱلذَّكَرُ كَٱلۡأُنثَىٰۖ وَإِنِّی سَمَّیۡتُهَا مَرۡیَمَ وَإِنِّیۤ أُعِیذُهَا بِكَ وَذُرِّیَّتَهَا

مِنَ ٱلشَّیۡطَـٰنِ ٱلرَّجِیمِ

dan tidaklah sama anak lelaki dan anak perempuan…

 

Cara i’rab kata kerja   لَيْسَ adalah seperti berikut:

فِعْلُ مَاضٍ نَاقِصٌ مَبْنِيٌّ عَلَى الفَتْحِ  لَيْسَ

اسْم لَيْسَ مَرْفُوْعٌ وَعَلاَمَةُ رَفْعِهِ ضَمَّةٌ ظَاهِرَةٌ :  ٱلذَّكَرُ

خَبَرُ لَيْسَ مَنْصُوْبٌ وَعَلاَمَةُ نَصْبِهِ فَتْحَةٌ ظَاهِرَةٌ :  كَٱلۡأُنثَىٰۖ

 

Firman Allah ta’ala: Surah An-Nahl 16:58

وَهُوَ كَظِیمࣱ    وَإِذَا بُشِّرَ أَحَدُهُم بِٱلۡأُنثَىٰ  ظَلَّ وَجۡهُهُۥ مُسۡوَدࣰّا

.. menjadilah muramlah mukanya sepanjang hari..

Cara i’rab kata kerja   ظَلَّ adalah seperti berikut:

 فِعْلُ مَاضٍ نَاقِصٌ مَبْنِيٌّ عَلَى الفَتْحِ :  ظَلَّ

  اسْم ظَلَّ مَرْفُوْعٌ وَعَلاَمَةُ رَفْعِهِ ضَمَّةٌ ظَاهِرَةٌ  وَجۡهُهُ

فَتْحَةٌ ظَاهِرَةٌ خَبَرُ ظَلَّ مَنْصُوْبٌ وَعَلاَمَةُ نَصْبِهِ   : مُسۡوَدࣰّا



Manakala lafaz  Bariha   بَرِحَ  , Zala  زَالَ , Fatia  فَتِئَ  dan  Infaka   اِنْفَكَ

dapat beramal dengan amalan ini dengan syarat didahului dengan nafi, nahi 

atau doa yakni maa مَا dan laa  لَا  dan kata kerja ini memberi makna berterusan  (  الاِسْتِمْرَارُ  ).

 

Contoh ayat Al Quran:

Firman Allah ta’ala: Surah Hud  11:118

 وَلَا يَزَالُوْنَ مُخْتَلِفِينَ

… dan tidak mereka sentiasa berselisihan.


Cara i’rab kata kerja   لَا يَزَالُوْنَ adalah seperti berikut:

 حَرْفُ نفْيٍ مَبْنِيٌّ عَلَى السُكُوْنِ: لَا

فِعْلٌ مُضَارِعٌ مَرْفوْعٌ وعَلَامَةُ رَفْعِهِ وِثُبُوتُ النُوْنِ : يَزَالُوْنَ

وَالْوَاوُ الجَمَاعَةِ ضَمِيْرٌ مُتَّصِلٌ مَبْنِيٌّ عَلَى الضَمِّ فِيْ مَحَلِّ رَفْعٍ اسْمُ زَالَ

خَبَرُ لَا يَزَالُوْنَ مَنْصُوْبٌ بِالْيَاءِ لِأَنّهُ جْمَعُ المُذَكَّرِ السَالِمُ :  مُخْتَلِفِينَ

 


Firman Allah ta’ala: Surah Ta-Ha, 20: 91

قَالُواْ لَن نَّبۡرَحَ عَلَيۡهِ عَٰكِفِينَ حَتَّىٰ يَرۡجِعَ إِلَيۡنَا مُوسَىٰ

Mereka menjawab: "Kami tidak sekali-kali akan meninggalkan penyembahan patung ini, (bahkan) kami akan tetap menyembahnya hingga Nabi Musa kembali kepada kami".

Cara i’rab kata kerja   لَن نَّبۡرَحَ  adalah seperti berikut:

    لَن نَّبۡرَحَ :فِعْلٌ مُضَارِعٌ نَاقِصٌ مَنْصُوْبٌ بِلَنْ  

وَالنُوْنُ ضَمِيْرٌ مُتَّصِلٌ مَبْنِيٌّ فِيْ مَحَلِّ رَفْعٍ اِسْمُ بَرِحَ

  عاكِفِينَ:  خَبَرُ لَن نَّبۡرَحَ مَنْصُوْبٌ بِالْيَاءِ لِأَنّهُ جْمَعُ المُذَكَّرِ السَالِمُ    

  

Lafaz  دَامَ  yang bermaksud selama mana dapat beramal  fungsinya dengan syarat hendaklah didahului oleh  مَا  masdariyyah  zarfiyyah. 

 


Firman Allah ta’ala: Surah Al-Maidah 5:96

وَحُرِّمَ عَلَيْكُمْ صَيْدُ الْبَرِّ مَا دُمْتُمْ حُرُمًا

…tetapi diharamkan atas kamu memburu binatang darat selama mana kamu sedang berihram

 

Firman Allah ta’ala: Surah Maryam 19:31

وَجَعَلَنِي مُبَارَكًا أَيۡنَ مَا كُنتُ وَأَوۡصَٰنِي بِٱلصَّلَوٰةِ وَٱلزَّكَوٰةِ مَا دُمۡتُ حَيّٗا

Dan Ia menjadikan daku seorang yang berkat di mana sahaja aku berada, dan diperintahkan daku mengerjakan sembahyang dan memberi zakat selagi mana aku hidup.


Cara i’rab kata kerja   مَا دُمۡتُ adalah seperti berikut:

مَا: حَرْفٌ مَصْدَرِيٌّ مَبْنِيٌّ عَلَى السُكُوْنِ

دُمْتُ: فِعْلُ مَاضٍ نَاقِصٌ مَبْنِيٌّ عَلَى السُكُوْنِ

لِاتِّصَالِهِ بِتَاءِ الفَاعِلِ، وَالتَّاءُ ضَمِيْرٌ مُتَّصِلٌ مَبْنِيٌّ فِيْ مَحَلِّ رَفْعٍ اسْمُ دَامَ

خَبَرُ مَا دُمْتُ مَنْصُوْبٌ وَعَلاَمَةُ نَصْبِهِ فَتْحَةٌ ظَاهِرَةٌ : حَيًّا / حُرُمًا



 


Kaana wa Akhawatuha

  بَابُ العَوَامِلِ الدَاخِلَةِ عَلَى المُبْتَدَأِ وَالْخَبَرِ Bab Amil-amil yang masuk kepada Mubtada dan Khabar J umlah Ismiyyah terdiri d...