Isnin, 26 Oktober 2020

Bab Isim Marfu'/ Fa'el/ NaibFa'el

 

Bab  Isim-isim yang di rafa’kan (hukum marfu’)

بَابُ مَرْفُوعَاتِ اَلْاَسْمَاءِ

  

Kalimah isim berubah menjadi marfu’ dalam 7 keadaan:

1. Mubtada’  (المبتدأ)

2. Khobar Mubtada’ ) الخبر )

3. Isim Kana dan saudara-saudaranya  (اسم كان  )

4. Khobar Inna dan saudara-saudaranya (خبر إنّ)

5. Isim Fa’el  (الفاعل)

6. Isim Maf’ul yang tidak disebut fa’elnya (naib fa’el ) (نائب الفاعل)

7. Empat jenis Isim yang mengikuti isim dirafa’kan sebelumnya (توابع  )

         1. Na’at / Sifat  نعت / صفة

2. Ma’tuf   معطوف

3. Taukid   توكيد

4. Badal بدل  

 

Contoh-contoh Isim yang dirafa’kan mengikut kedudukan:

1.   Mubtadaالمبتدأ ) / Subjek

    Mubtada’ adalah  isim marfu’ yang terletak di awal kalimah.


Contoh :     كبيرٌ   المسجدُ  ( Almasjidu kabiirun ) - Masjid itu besar

Kata المسجد ( masjid itu ) merupakan mubtada’  kerana ia adalah kalimah isim yang terletak di awal kalimah dan berbentuk spesifik / khas ( isim makrifat ) dengan adanya   ال pada awal kalimah.

 

2.   Khobar Mubtada’ (الخبر) / Predikat

Khobar mubtada’ adalah yang menyempurnakan makna mubtada’.
Pada kalimah
المسجدُ  كبيرٌ    di atas, kata   كبيرٌ
( besar ) adalah khobar, kerana ianya menyempurnakan maksud mubtada’ dan menjelaskan tentang subjek atau mubtada’.

 


3.   Isim kaana dan saudara-saudaranya. (  اسم كان وأخواتها )

Isim kaana adalah  setiap mubtada’ yang dimasuki oleh kaana atau saudara-saudaranya.

Contoh : 
 كان المسجدُ  كبيرً       (Kaana al masjidu kabiiran

bermaksud ‘(adalah/dahulu) masjid itu besar’.


Kata 
  المسجد ( masjid itu ) merupakan isim kaana kerana kata tersebut awalnya mubtada’ tetapi setelah dimasuki kaana, maka istilahnya bukan lagi mubtada’ tetapi “isim kaana”.

 


4.   Khobar Inna dan saudara-saudaranya ( ( خبر إنّ  وأخواتها  


Khobar inna adalah setiap khobar mubtada’ yang dimasuki oleh isim inna dan saudara-saudaranya.

Contoh :    
     إنَّ المسجدَ  كبيرٌ     ( inna al masjida kabiirun

bermaksud ‘sesungguhnya masjid itu besar’.


Kata   
كبيرٌ  ( besar ) merupakan khobar inna, disebabkan kata tersebut awalnya adalah khobar mubtada’ tetapi setelah dimasuki isim inna, maka istilahnya bukan lagi khobar mubtada’, tetapi “khobar inna”

 


5.   Fa’el (الفاعل)

    Fa’el adalah Isim marfu’ yang terletak setelah fe’el ma’lum ( kata kerja aktif) dan merujuk kepada orang atau pelaku yang melakukan perbuatan atau yang mensifati perbuatan tersebut.

Dengan kata lain, Fa’el adalah Pelaku

Contoh :      كتب الرجلُ رسالةً      ( kataba ar-rojulu risaalatan )

bermaksud ‘pemuda itu telah menulis surat’.

Kata 
   الرجلُ     ( pemuda ) merupakan fa’el kerana terletak setelah kata kerja aktif ( menulis ), dan yang orang yang melakukan perbuatan

( menulis ) adalah pemuda maka pemuda itu adalah ‘pelaku’.


 

6.   Naibul Fa’el (نائب الفاعل)

    Naibul Fa’el adalah isim marfu’ yang terletak setelah fi’il mabni lil majhul (setelah kata kerja pasif) dan menempati kedudukan fa’el setelah dihapusnya fa’el tersebut.

Contoh :  
           كـُتِبَ الرِسالةُ( kutiba ar-risaalatu )

Bermaksud: surat itu telah ditulis.

Kata   الرسالةُ ( surat ) merupakan naibul fa’el, karena terletak setelah kata kerja pasif ( ditulis )




Bab  fa’el ( Pelaku )

 

Fa’el adalah isim yang dirafa’kan yang mesti disebut selepas fe’el. Fe’el yang disebut sebelum  fa’el itu adalaf fe’el biasa atau fe’el maklum.  


Baris asas untuk fa’el adalah baris depan

( marfuq )  dihujung kalimah.

 

 

Fa’el itu ada dua bentuk,

1.    Fa’el isim dzohir disebut jelas ظاهر

2.    Fa’el isim dhomir tersembunyi dalam fe’el  مستتر

 


Fa’el Isim dzohir adalah seperti contoh berikut:



ٌ


مُفْرَدٌ - مُذَكَّرٌٌ

 يَقُوْمُ  زَيْدٌ   , زَيْدٌ  قَام

اَلرِّجَالُ اَلرِّجَالُ , يَقُوْمُ   قَامَ

قَامَ أَخُوكَ , يَقُوْمُ  أَخُوكَ     أَ 

قَامَ  غُلَامِي , يَقُوْمُ غُلَامِي  

ٌ مُفْرَدٌ – مُؤَنَّثٌ

قَامَتْ هِنْدٌ  , قَامَتْ اَلهِنْدُ 

مُثَنَّىْ – مُذَكَّرٌ 

اَلزَّيْدَانِ يَقُوْمُ , اَلزَّيْدَانِ قَامَ

مُثَنَّىْ -  مُؤَنَّثٌ 

قَامَتْ اَلهِنْدَانِ , تَقُوْمُ  اَلهِنْدَانِ

جَمَعْ مُذَكَّرِ السَّالِمِ

اَلزَّيْدُونَ ,  يَقُوْمُ اَلزَّيْدُونَ   قَامَ

جَمْعُ مُؤَنَّثِ السَاّلِمِ  ْ

قَامَتْ  اَلهِنْدَاتُ ,  تَقُوْمُ اَلهِنْدَاتُ

قَامَتْ  اَلهُنُودُ  , تَقُوْمُ  اَلهُنُودُ




Fe’el  قَام  bermaksud 'dia telah berdiri'.


Fe’el  يَقُوْمُ  bermaksud  'dia sedang/akan berdiri'.    

 


Pada setiap kalimah di atas,  fa’el atau pelaku disebut dengan jelas seperti   زَيْدٌ , اَلرِّجَالُ manakala fa’el isim dhomir pula, ianya tersembunyi dalam kata fe’el  قَام  jika fa’el tidak disebut dengan jelas. 


* Jika fa'el dzohir, fe'el samada madhi atau mudhare' adalah kekal mufrod. Tetapi jika fa'el tersembunyi fe'el akan berubah mengikut jantina dan bilangan.

 

 

Dan  fa’el isim dhomir  itu ada 12,  dimana dhomir هُمَا & أَنْتُمَا bagi jantina lelaki dan perempuan berkongsi bentuk. Cara sebutan untuk menyatakan fa'el ini adalah 'fa'el mustatir takdir huwa' sebagai contoh.

 

Contoh bentuk dhomir melekat pada kalimah fe’el  ضَرَبَ :


Fe’el Madhi

Dhomir

Fe’el Madhi

Dhomir

ضَرَبَ

هُوَ

ضَرَبْتَ

أَنْتَ

ضَرَبَا

هُمَا

ضَرَبْتُمَا

أَنْتُمَا

ضَرَبُوْا

هُمْ

ضَرَبْتُمْ

أَنْتُم

ضَرَبَتْ

هِيَ

ضَرَبْتِ

أَنْتِ

ضَرَبْنَ

هُنَّ

ضَرَبْتُنَّ

أَنْتُنَّ

 

 

ضَرَبْتُ

أَنَا

 

 

ضَرَبْنَا

نَحْنُ


  •     Perhatikan bentuk dihujung kalimah fe’el yang berubah mengikut kata dhomir     yang dimaksudkan samada jantina muzakkar atau muannath dan mengikut     bilangan mufrad, muthanna atau jama’.


Bab Maf’ul yang tidak disebut  fa’elnya (Naib fa’el)

 


Naib fa’el adalah isim yang dirafa’kan yang tidak disebut  fa’elnya bersama. Ianya mesti disebut selepas fe’el luarbiasa ( fe’el  majhul ) yang mana terdapat terjemahan imbuhan di pada  makna fe’el.  Baris asas untuk naib fa’el  adalah baris depan dihujung kalimah.

 

 

Kaedah mengenal fe’el luar biasa atau fe’el majhul

 

Jika fe’elnya itu fe’el madhi maka didhammah huruf awalnya dan dikasrah huruf  sebelum akhirnya.

 

 ضَرَبَ  -->   ضُرِبَ    (dia telah pukul -->  dia telah dipukul )


 

 

Jika fe’elnya itu fe’el mudhari’ maka didhammah huruf awalnya dan difathah huruf yang sebelum akhirnya.

 

  يُضْرِبُ  -->  يُضْرَبُ 


(dia telah pukul --> dia telah dipukul)

 

 

Na’ib  fa’el itu ada dua jenis, iaitu Naib fa’el isim dzohir dan Naib fa’el isim dhomir mustatir.

     

    Naib fa’el isim dzhohir untuk  fe’el madhi contohnya :

     ضُرِبَ زَيْدٌ  , اُكْرِمَ عَمْرٌو   


   Naib fa’el isim dzohir untuk feel mudhare’ contohnya :

     يُضْرَبُ زَيْدٌ  , يُكْرَمُ عَمْرٌو   


  Naib fa’el isim dhomir sama seperti fa'el isim dhomir ada 12 bentuk,  dimana      dhomir هُمَا & أَنْتُمَا bagi jantina lelaki dan perempuan berkongsi  bentuk.

 

 Contoh bentuk naib fa’el isim dhomir mustatir fe’el madhi  yang                                melekat pada kalimah fe’el   :    


Fe’el Madhi Majhul

Dhomir

Fe’el Madhi Majhul

Dhomir

ضُرِبَ

ضُرِبَا

ضُرِبُوْا

ضُرِبَتْ

ضُرِبْنَ








هُوَ

هُمَا

هُمْ

هِيَ

هُنَّ


ضُرِبْتَ

ضُرِبْتُمَا

ضُرِبْتُمْ

ضُرِبْتِ

ضُرِبْتُنَّ

ضُرِبْتُ

ضُرِبْنَا

أَنْتَ

أَنْتُمَا

أَنْتُم

أَنْتِ

أَنْتُنَّ

أَنَا

نَحْنُ



    Naib fa’el isim dhomir mustatir fe’el mudhare’ contohnya:  


Fe’el Mudhare’ Majhul

Dhomir

Fe’el Mudhare’ Majhul

Dhomir

يُضْرَبُ

يُضْرَبُوْ

يُضْرَبُوا

يُضْرَبَتْ

يُضْرَبْنَ






هُوَ

هُمَا

هُمْ

هِيَ

هُنَّ










يُضْرَبْتَ

يُضْرَبْتُمَا

يُضْرَبْتُمْ

يُضْرَبْتِ

يُضْرَبْتُنَّ

يُضْرَبْتُ

ضُرِبْنَا






أَنْتَ

أَنْتُمَا

أَنْتُم

أَنْتِ

أَنْتُنَّ

أَنَا

نَحْنُ








-end- 

Kaana wa Akhawatuha

  بَابُ العَوَامِلِ الدَاخِلَةِ عَلَى المُبْتَدَأِ وَالْخَبَرِ Bab Amil-amil yang masuk kepada Mubtada dan Khabar J umlah Ismiyyah terdiri d...