Fasal Perubahan / فَصْلُ المُعْرَبَاتِ
Fasal adalah cabang dari Bab.
Perubahan / فَصْلُ المُعْرَبَاتِ itu ada dua bagian :
1. Mu’rab dengan harakat (baris), الحَرَكَات
2. Mu’rab dengan huruf, حُرُوف
Mu’rab dengan HARAKAT (baris), الحَرَكَات
Yang di i’rab dengan baris itu ada empat jenis :
1. Isim Mufrad المُفْرَدُ الإسْمُ,
2. Jama’ Taksir جَمْعُ التَّكْسِيْرِ
3. Jama’ Muannas Salim, جَمْعُ مُؤَنَّثِ السَاّلِمِ
4. Fe’el Mudhare’ فِعْلُ المُضَارِعُ yang tidak bersambung diakhirnya dgn sesuatupun (spt يْنَ ,يْنَ , وْنَ)
Kesemua 4 hal yang di atas di i’rab dengan baris dalam keadaan:
1. di rafa’, , رَفْعٌ dengan dhammah, ُ-
con: يَقْرَأُ زَيْدٌ القُرْآنَ
Zaid sedang membaca al-Quran
2. di nasab, نَصْبٌ dengan fathah
contoh: عَلَّمْتُ ذَيْدًا وَ رِجَالاً
Aku telah mengajar Zaid dan para lelaki.
3. di khafadh, خَفْضٌ dengan kasrah
contoh: مَرَرْتُ بِزَيْدٍ وَ مُسْلِمَاتٍ
Aku telah berjalan dengan Zaid dan para muslimat.
4. di jazm, جَزْمٌ dengan sukun
Contoh: أْلَمْ يَجْلِسْ، لَمْ يَقْرَ
Dia belum duduk, dia belum membaca
Kaedah Asas Hukum Baris
Namun terkeluar dari kaedah di atas ada 3 perkara;
1. Jama’ Muannas Salim di nasab dengan kasrah, ِ
Contoh: مُسْلِمَاتٍ رَأيْتُ
Aku telah melihat para Muslimat
Lafaz مُسْلِمَات sepatutnya berbaris atas kerana menjadi maf’ulun-bih, tetapi kerana tidak boleh berbaris atas jadi hukum barisnya hendaklah di nasab dengan kasrah.
2. Isim la Yansorif, لاَ يَنْصَرِفُ الإسْمُ yang tidak boleh menerima tanwin dan baris bawah, hukum barisnya hendaklah di khafadh dengan fathah tetapi dijarkan dengan harakat kasrah ketika di idhafatkan (mudhof) atau dengan kemasukan alif-lam .
Yang dijarkan dengan harakat kasrah, contoh:
صَلَّيْتُ فِيْ مَسْجِدٍ - Aku telah solat di dalam masjid
Yang dijarkan dengan harakat fathah, contoh:
صَلَّيْتُ فِيْ مَسَاجِدَ – Aku telah solat di beberapa masjid
Bila dimasuki dengan alif-lam, dijar dengan harakat kasrah
صَلَّيْتُ فِيْ المَسَاجِدِ - Aku telah solat di beberapa masjid
Bila di-idhafatkan (menjadi mudhof), dijar dengan harakat kasrah
صَلَّيْتُ فِيْ مَسَاجِدِ هِمْ - Aku telah solat di beberapa masjid mereka.
· # Ismu Ghairu Munsorif atau isim la yansorif adalah katanama tanpa makna yang tidak boleh terima tanwin dan baris bawah tetapi boleh terima baris atas dan baris depan kecuali 6 nama Nabi boleh terima tanwin, Muhammad, Soleh, Syuaib, Nuh, Hud , Lut ( محمد ، صلح شعيب ، نوح ، هود ، لوت )
Semua bentuk jamak taksir yang setelah alifnya ada dua atau tiga huruf, dinamakan Shighah muntahal jumu’, صِغَةُ مُنْتَهَى الْجُمُوعِ yang dijarkan dengan harakat fathah contoh isim jamak atas wazan مَفَاعِيلَ, مَفَاعِلَ
3. Fe’el mudhare’ yang mu’tal, hujungnya di jazm dengan membuang huruf akhir (huruf sakit), Huruf-huruf sakit adalah
alif, wawu dan ya و ,ي, أ
contoh :
Tidak Ikut Kaedah Asas Hukum Baris
Jadual Mu’rab Harakat
======================================
Mu’rab dengan HURUF , فُوحُر
Yang di i’rab dengan huruf ada empat jenis :
1. Isim Tasniyah (berganda), الإسْمُ تَشْنِيَةُ
مخْفُوضٌ بِالْيَاءِ ، مَنْصُوْبٌ بِالْيَاءِ ، بِالألِفِ مَرْفُوْعٌ
: contoh yang dirafa' dengan wawu
مُحَمَّدَانِ ،رَأيْتُ زيْدَ يْنِ ، مُسْلِمَتَيْنِ
2. Jama’ Muzakar Salim
3. Isim Lima
Con 1: وَلَهُۥٓ أَخٌ “dan mempunyai seorang saudara lelaki (seibu saja )”
Surah An- Nisa 4: 12
Con 2: بًا إِنَّ لَهُۥٓ أَ “Sesungguhnya ia mempunyai ayah.”
Surah Yusuf 12: 78
Con 3: وَبَنَتِالْاَجِ “dan anak-anak perempuan dari saudara-saudaramu yang laki-laki” - Surah An-Nisa 4:23
4. Fe'el Lima - Amthilatul Khamsah
Jadual Mu’rab Huruf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan