بَابُ العَوَامِلِ الدَاخِلَةِ عَلَى
المُبْتَدَأِ وَالْخَبَرِ
Bab Amil-amil yang masuk kepada Mubtada dan Khabar
Jumlah Ismiyyah terdiri daripada dua unsur ,iaitu mubtada’ dan khabar atau kata lain subjek dan predikat.
Contoh mubtada’/subjek dan khabar/predikat:
مُحَمَّدٌ كَرِيمٌ - Muhammad itu mulia
Kata nama مُحَمَّدٌ adalah mubtada’ manakala kata nama كَرِيمٌ merupakan khabar yang melengkapi makna ayat. Tanda i’rab bagi mubtada’/subjek dan khabar/predikat ialah baris dhammah/depan kerana ia adalah isim zahir mufrad مُفْرَدٌ اسم ظاهر
‘Awamil yang masuk kepada mubtada’ dan khabar dinamakan nawasikh, النَوَاسِجُ bermaksud mengubah yakni mengubah kedudukan mubtada’ dan khabar. Ia juga dinamakan nawasikh ibtida’.
‘Amil-amil yang mempengaruhi mubtada’ khabar terdiri
daripada tiga perkara Kaana dan saudara-saudaranya, Inna dan saudara-saudaranya, Zhanna dan saudara-saudaranya.
1. Kaana dan saudara-saudaranya.
- ‘amil yang merafa’kan/ membaris
depan mubtada’/ subjek (dinamakan sebagai isimnya ) dan menasabkan/membaris atas khabar / predikat
(dinamakan khabarnya).
2. Inna dan saudara-saudaranya.
- ‘amil yang menasabkan /
membaris atas mubtada’/ subjek (dinamakan
sebagai isimnya ) dan merafa’kan / membaris
depan khabar / predikat (dinamakan khabarnya).
3. Zhanna dan saudara-saudaranya.
- ‘amil yang menasabkan / membaris ataskan kedua-dua mubtada’/
subjek dan khabar/ predikat.
Fungsi Kaana dan saudara-saudaranya
Lafaz Kaana dan Inna juga terkadang dikenali sebagai dua kalimah istimewa, antara kalimah yang banyak disebut di dalam al Quranul kareem.
Kalimah Kaana, كَانَ itu sendiri adalah kalimah fe’il tetapi rangkap yang dimulai dengan lafaz Kaana dan Inna serta adik beradiknya dikira sebagai Jumlah Ismiyyah.
Kaana dan saudara-saudaranya berfungsi merafa’kan mubtada’ kerana serupa dengan fa’il dan menasabkan khabar kerana serupa dengan maf’ul.
1. Kaana كَانَ - dia telah adalah
2. Asbaha أَصْبَحَ -
dia telah berwaktu pagi
3. Adha أَضْحَى - dia telah berwaktu dhuha
4. Amsaa أَمْسَى
- dia
telah berwaktu petang
5. Zalla ظَلَّ - dia telah sentiasa
6. Bata بَاتَ - dia
telah bermalam
7. Ssoro صَارَ -
dia telah menjadi
8. Laisa لَيْسَ - telah
tidak (menafikan keadaan)
9. Ma
Bariha / Laa Bariha بَرِحَ لَا / مَا بَرِحَ - selagi mana dia
10. Ma Zala/ Laa Zala زَالَ لَا / زَالَ مَا - selagi mana dia
11. Ma Fatia/ Laa Fatia فَتِئَ لَا / مَا فَتِئَ - selagi mana dia
11. Ma Anfaka/ Laa Anfaka اِنْفَّكَ لَا / اِنْفَّكَ مَا - sentiasa dia
13. Ma Dama دَامَ مَا -
selama mana dia
Lafaz Kaana كَانَ , Asbaha أَصْبَحَ , Adha
أَضْحَى , Amsaa أَمْسَى , Zalla
ظَلَّ , Bata بَاتَ , Ssoro صَارَ , Laisa لَيْسَ ( no 1-8 ) dapat
beramal tanpa sebarang syarat.
Contoh lafaz umum jumlah ismiyyah:
مُحَمَّدٌ كَرِيمٌ Muhammad mulia
Setelah dimasuki oleh fe’il كَانَ
مُحَمَّدٌ كَرِيمً
كَانَ - Adalah Muhammad
mulia
Dalam ayat Jumlah Ismiyyah yang pertama مُحَمَّدٌ adalah mubtada’ dan كَرِيمٌ adalah khabar. Hukum baris untuk mubtada’ dan
khabar adalah marfuq dan kerana keduanya adalah mufrad, barisnya adalah
dhommah/ baris depan dihujung kalimah.
Manakala bagi ayat yang kedua, setelah dimasuki oleh awamil kaana,
lafaz khabar bertukar kepada fathah/ baris atas kerana hukum khabar telah
menjadi mansub. Keadaan ini hanya berlaku kepada khabar mufrad sahaja.
Contoh-contoh lafaz penggunaan kaana dan saudara-saudaranya di dalam al Quran:
Firman Allah ta’ala: Surah
An-Nisa' 4:17
فَأُو۟لَـٰۤىِٕكَ یَتُوبُ ٱللَّهُ عَلَیۡهِمۡۗ وَكَانَ ٱللَّهُ عَلِیمًا حَكِیمࣰا
.. dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
Cara i’rab kata kerja كَانَ
فِعْلُ مَاضٍ نَاقِصٌ مَبْنِيٌّ عَلَى الفَتْحِ : كَانَ
اسْم كَانَ مَرْفُوْعٌ وَعَلاَمَةُ رَفْعِهِ ضَمَّةٌ
ظَاىِرَةٌ لَفْظُ الجَلاَلَةِ: ٱللَّهُ
وَعَلاَمَةُ نَصْبِهِ فَتْحَةٌ ظَاىِرَةٌ خَبَرُكَانَ مَنْصُوْبٌ : عَلِیمًا
Firman Allah ta’ala: Surah
Al-Kahf 18:45
وَٱضۡرِبۡ لَهُم مَّثَلَ ٱلۡحَیَوٰةِ ٱلدُّنۡیَا كَمَاۤءٍ أَنزَلۡنَـٰهُ مِنَ ٱلسَّمَاۤءِ فَٱخۡتَلَطَ بِهِۦ نَبَاتُ ٱلۡأَرۡضِ فَأَصۡبَحَ هَشِیمࣰا تَذۡرُوهُ ٱلرِّیَـٰحُۗ وَكَانَ ٱللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَیۡءࣲ مُّقۡتَدِرًا
… lalu telah menjadilah ia kering hancur ditiup angin. Dan (ingatlah) adalah Allah MMaha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Firman Allah ta’ala: Surah Al-Mulk 67: 30
قُـلْ
أرَأيْـتُـمْ إنْ أصْـبـحَ مَـاؤُـكُـمْ غَـوْرًا فـمَـنْ
يَـأتـيـكُـمْ بِـمَآءٍ مَـعِـيـنٍ
..jika menjadi air kamu masuk dalam tanah kering
(hilang lenyap)..
Cara i’rab kata kerja أَصْبَحَ
فِعْلُ مَاضٍ نَاقِصٌ مَبْنِيٌّ عَلَى الفَتْحِ : أَصْبَحَ
اسْم أَصْبَحَ مَرْفُوْعٌ وَعَلاَمَةُ رَفْعِهِ
ضَمَّةٌ ظَاىِرَةٌ : مَـاؤُـكُـمْ
مَنْصُوْبٌ وَعَلاَمَةُ نَصْبِهِ فَتْحَةٌ ظَاهِرَةٌ أَصْبَحَ خَبَرُ : غَـوْرًا
Firman Allah ta’ala: Surah Al -Imran 3:36
فَلَمَّا وَضَعَتۡهَا قَالَتۡ رَبِّ إِنِّی وَضَعۡتُهَاۤ أُنثَىٰ وَٱللَّهُ أَعۡلَمُ بِمَا وَضَعَتۡوَلَیۡسَ ٱلذَّكَرُ كَٱلۡأُنثَىٰۖ وَإِنِّی سَمَّیۡتُهَا مَرۡیَمَ وَإِنِّیۤ أُعِیذُهَا بِكَ وَذُرِّیَّتَهَا
مِنَ ٱلشَّیۡطَـٰنِ ٱلرَّجِیمِ
…dan tidaklah sama anak
lelaki dan anak perempuan…
Cara i’rab kata kerja لَيْسَ adalah seperti berikut:
فِعْلُ مَاضٍ نَاقِصٌ مَبْنِيٌّ عَلَى الفَتْحِ : لَيْسَ
اسْم لَيْسَ مَرْفُوْعٌ وَعَلاَمَةُ رَفْعِهِ
ضَمَّةٌ ظَاهِرَةٌ : ٱلذَّكَرُ
خَبَرُ لَيْسَ مَنْصُوْبٌ وَعَلاَمَةُ نَصْبِهِ فَتْحَةٌ ظَاهِرَةٌ : كَٱلۡأُنثَىٰۖ
Firman Allah ta’ala: Surah
An-Nahl 16:58
وَهُوَ كَظِیمࣱ وَإِذَا بُشِّرَ أَحَدُهُم بِٱلۡأُنثَىٰ ظَلَّ وَجۡهُهُۥ مُسۡوَدࣰّا
.. menjadilah muramlah
mukanya sepanjang hari..
Cara i’rab kata kerja ظَلَّ adalah seperti berikut:
فِعْلُ مَاضٍ نَاقِصٌ مَبْنِيٌّ عَلَى الفَتْحِ : ظَلَّ
اسْم ظَلَّ مَرْفُوْعٌ وَعَلاَمَةُ رَفْعِهِ ضَمَّةٌ ظَاهِرَةٌ : وَجۡهُهُ
Manakala lafaz Bariha بَرِحَ , Zala زَالَ , Fatia فَتِئَ dan Infaka
اِنْفَكَ
dapat beramal dengan amalan ini dengan syarat didahului dengan nafi, nahi
atau doa yakni maa مَا dan laa
لَا dan kata
kerja ini memberi makna berterusan ( الاِسْتِمْرَارُ ).
Contoh ayat Al Quran:
Firman Allah ta’ala: Surah Hud 11:118
وَلَا يَزَالُوْنَ مُخْتَلِفِينَ
… dan tidak mereka sentiasa berselisihan.
Cara i’rab kata kerja لَا يَزَالُوْنَ adalah seperti berikut:
فِعْلٌ مُضَارِعٌ مَرْفوْعٌ وعَلَامَةُ رَفْعِهِ وِثُبُوتُ النُوْنِ : يَزَالُوْنَ
وَالْوَاوُ الجَمَاعَةِ ضَمِيْرٌ مُتَّصِلٌ مَبْنِيٌّ عَلَى الضَمِّ فِيْ مَحَلِّ رَفْعٍ اسْمُ زَالَ
خَبَرُ لَا يَزَالُوْنَ مَنْصُوْبٌ بِالْيَاءِ لِأَنّهُ جْمَعُ المُذَكَّرِ السَالِمُ : مُخْتَلِفِينَ
Firman Allah ta’ala: Surah Ta-Ha, 20: 91
قَالُواْ لَن نَّبۡرَحَ عَلَيۡهِ عَٰكِفِينَ حَتَّىٰ يَرۡجِعَ إِلَيۡنَا مُوسَىٰ
Mereka menjawab: "Kami tidak sekali-kali akan meninggalkan penyembahan patung ini, (bahkan) kami akan tetap menyembahnya
hingga Nabi Musa kembali kepada kami".
Cara i’rab kata kerja لَن نَّبۡرَحَ adalah seperti berikut:
وَالنُوْنُ ضَمِيْرٌ مُتَّصِلٌ مَبْنِيٌّ فِيْ مَحَلِّ رَفْعٍ اِسْمُ بَرِحَ
عاكِفِينَ: خَبَرُ لَن نَّبۡرَحَ مَنْصُوْبٌ بِالْيَاءِ لِأَنّهُ جْمَعُ المُذَكَّرِ السَالِمُ
Lafaz دَامَ yang bermaksud selama mana dapat beramal fungsinya dengan syarat hendaklah didahului oleh مَا masdariyyah zarfiyyah.
Firman Allah ta’ala: Surah Al-Maidah 5:96
وَحُرِّمَ عَلَيْكُمْ صَيْدُ الْبَرِّ
مَا دُمْتُمْ حُرُمًا
…tetapi diharamkan atas kamu memburu binatang darat selama mana kamu sedang berihram…
Firman Allah ta’ala: Surah Maryam
19:31
وَجَعَلَنِي مُبَارَكًا أَيۡنَ مَا كُنتُ وَأَوۡصَٰنِي بِٱلصَّلَوٰةِ وَٱلزَّكَوٰةِ مَا دُمۡتُ حَيّٗا
Dan Ia menjadikan daku seorang yang berkat di mana
sahaja aku berada, dan diperintahkan daku mengerjakan sembahyang dan memberi
zakat selagi mana aku hidup.
Cara i’rab kata kerja مَا دُمۡتُ adalah seperti berikut:
دُمْتُ: فِعْلُ مَاضٍ نَاقِصٌ مَبْنِيٌّ عَلَى السُكُوْنِ
لِاتِّصَالِهِ بِتَاءِ الفَاعِلِ، وَالتَّاءُ ضَمِيْرٌ مُتَّصِلٌ مَبْنِيٌّ فِيْ مَحَلِّ رَفْعٍ اسْمُ دَامَ
خَبَرُ مَا دُمْتُ مَنْصُوْبٌ وَعَلاَمَةُ نَصْبِهِ فَتْحَةٌ ظَاهِرَةٌ : حَيًّا / حُرُمًا
Tiada ulasan:
Catat Ulasan