Ahad, 7 Jun 2020

Amil Nasab لَنْ


Amil Nasab ke 2 لَنْ

bermaksud TIDAK SELAMA-LAMANYA            

Fungsi haraf لَن membariskan Fe’el Mudhare’ selepasnya.

Contoh 1: Surah Hud ayat 36
        

Dan (setelah itu) diwahyukan kepada Nabi Nuh: "Bahawa sesungguhnya tidak akan beriman lagi dari kaummu melainkan orang-orang yang telah sedia beriman. Oleh itu janganlah engkau berdukacita tentang apa yang mereka sentiasa lakukan.


Contoh 2: Surah Al Baqarah, ayat 120


Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju
 atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.


Baris atas pada  تَرۡضَىٰ   ada pada alif ma’suroh. Baris tidak ditunjukkan jadi perlu diandaikan atau Muqaddarah مقدرة. Pada alif ma’surah tidak boleh ada baris kerana ia huruf sakit yakni kategori tidak boleh menerima baris.

Maksud tidak meredhai ini sampai bila-bila atau sampai qiamat.

Sama seperti  أَنْ jika Fe’el Mudhare’ selepas haraf  لَن  yang ada  وْنَ hendak di hazaf Nun tersebut.


Contoh:

         

  لن يقتلو    bermaksud bahawa mereka sekali-kali tidak akan 

                        dibunuh.



Kalimat  يَقْتُلُوْنَ  , di hazaf huruf  ن    menjadi    لن يقتلو   apabila 


masuk amil nasab  لَنْ       








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kaana wa Akhawatuha

  بَابُ العَوَامِلِ الدَاخِلَةِ عَلَى المُبْتَدَأِ وَالْخَبَرِ Bab Amil-amil yang masuk kepada Mubtada dan Khabar J umlah Ismiyyah terdiri d...