BAB AL AF’AL
باب الافعال
Fe’el /الأْفِعْالٌ
نَحْوُ ضَرَبَ
وَيَضْرِبُ وَاضْرِبْ الأَفْعَالُ ثَلاَثَةٌ مَاضٍ
وَمُضَارِعٍ وَأَمْرٍ
Fe’el atau kata kerja itu ada tiga jenis:
1. Fe’el
Madhi,
الفِعل ماض
2. Fe’el Amar, الفعل امر
3. Fe’el Mudhare' المُضَارِعُالفِعل
|
Hukum Fe'el
مَجْزُوْمٌ أَبَدًا وَالمُضَارِعُ مَا كَانَ فِيْ فَالمَاضِيْ مَفْتُوْحُ الآخِرِ أَبَدًا وَالأَمْرُ
قَوْلُكَ أَنَيْتُ وَىُوَ مَرْفُوْعٌ أَبَدًا حَتَّى أَوَّلِوِ إِحْدَى الزَّوَائِدِ
الأَرْبَعِ يَجْمَعُهَا
يَدْخُلَ عَلَيْوِ نَاصِبٌ أَوْ جَازِمٌ
Fe’el atau Kata kerja itu ada tiga bentuk:
1. Fe’el Madhi - Kata kerja Lampau
Kata kerja madhi dibaris atas/ fathah pada huruf akhir
2. Fe’el Amar – Kata kerja Perintah
Kata kerja amar dibaris matikan /jazam pada huruf akhir
3. Fe’el Mudhare’ - Kata kerja kini dan akan datang
Kata kerja
mudhare’ dibaris depan /rafa’ jika tidak didahului dengan amil
haraf nasab atau jazam.
FE'EL MADHI
Fe’el Madhi bermaksud kata kerja lepas atau telah berlaku.
Ianya dibaris ataskan (maftuf) dihujung kalimah selama-lamanya.
Pengertian fe’el madhi/kata kerja lampau adalah kata kerja yang menunjukkan perbuatan pada masa lampau. Kata kerja madhi semuanya dibaris ataskan huruf akhirnya sama ada secara zahir atau andaian.
Contoh Fe’el Madhi:
كَتَبَ bermaksud ‘dia telah menulis’
ضَرَبَ bermaksud ‘dia telah memukul’
ذَهَبَ bermaksud ‘dia telah pergi’
سَمِعَ bermaksud ‘dia telah mendengar’
ىسَرُقَ bermaksud ‘dia telah mencuri’
حَسِبَ bermaksud ‘dia telah mengira’
Pola Wazan Fe’el Madhi ( yang bersesuaian dengan Dhamir )
Contoh ayat:
ضَرَبَ مُحَمَّدٌ زَيْدً Muhammad telah pukul Zaid
Contoh di atas adalah sebuah ayat / Jumlah Fe'liyyah
dimana FE’EL adalah ضَرَبَ, Muhammad adalah FA’EL/
Pelaku dan Zaid adalah MAF’ULUN BIH
atau ‘Yang Kena Buat’
Bagi contoh di atas dhomirnya adalah jelas atau zohir dan bukan mustatir.
Bagi kesemua 14 bentuk fe’el madhi, Fa’elnya adalah wajib mustatir kecuali untuk dhamir huwa/dia lelaki (هُو ) dan hiya/ dia perempuan (هِيَ ) dimana dhamirnya boleh jadi zohir, boleh jadi mustatir.
Cara I’rab Jumlah Fe’liyyah Fa’el Zohir
Cara I’rab Jumlah Fe’liyyah Fa’el Mustatir
FE'EL AMAR / ( فِعلُ الأَمرِ )
مَجْزُوْمٌ أَبَدًا وَالأَمْرُ
Fe’el Amar atau kata kerja perintah, di baris matikan dihujung kalimah selama-lamanya.
Pengertian fe'el amar secara takrif adalah ( مَا دَلَّ عَلَى طلَبِ حَدَثٍ فِِْي زَمَنِ الاسْتِقْبَالِ ) dengan maksud fe’el yang menuntut sesuatu perbuatan atau pekerjaan itu dilakukan pada masa akan datang.
Kata kerja amar berada dalam keadaan dijazam selamanya.
Contoh:
اُكْتُبْ bermaksud ‘Tulislah’
اِضْرِبْ bermaksud ‘Pukullah’
اِ ذْهَبْ bermaksud ‘Pergilah’
اِسْمَعْ bermaksud ‘Dengarlah’
اُ سْرُقْ bermaksud ‘Curilah’
اِحْسِبْ bermaksud ‘Kiralah’
Pola Wazan Fe’el Amar ( yang bersesuaian dengan Dhamir )
Contoh I’rab fe’el
amar:
Ayat 24 SurahTa-Ha :
ٱذۡهَبۡ إِلَىٰ فِرۡعَوۡنَ إِنَّهُۥ طَغَىٰ
bermaksud "Pergilah kepada Firaun,
sesungguhnya ia telah melampaui batas".
ٱذۡهَبۡ فِعْلُ أَمْرٍ مَبْنِىٌّ عَلَى السُكُوْنِ وَفَاعِلُهُ ضَمِيْرٌ
مُسْتَتِرٌ وُجُوْبًا تَقْدِيْرُهُ أَنْتَ
أَوَّلِهِ إِحْدَى الزَّوَائِدِ الأَرْبَعِ يَجْمَعُهَا وَالمُضَارِعُ مَا
كَانَ فِيْ
يَدْخُلَ عَلَيْهِ نَاصِبٌ أَوْ جَازِمٌ قَوْلُكَ أَنَيْتُ وَهُوَ مَرْفُوْعٌ أَبَدًا حَتَّى
Fe’el Mudhare’ merujuk kepada kata kerja sedang dan akan berlaku. Fe’el ini boleh dikenalpasti dengan salah satu dari huruf Mudhari’ah
(حروف المضارعة), pada awal kalimah. Empat huruf tersebut adalah
“
ت , ي
, ن , ا " (alif,
nun, ya, dan ta).
Contoh Fe'el Mudhare':
الأَلِفُ النُوْنُ اليَاء التَاء
أَضْرِبُ نَـضْرِبُ يَـضْرِبُ تَـضْرِبُ
أَقْرَأُ نَـقْرَأُ يَـقْرَأُ تَـقْرَأُ
Fe’el Mudhare’ itu dirafa’kan (marfuq) selama-lamanya sehingga ada Amil Nasab (penyebab baris atas) atau Amil Jazam (penyebab baris mati) yang masuk kepadanya.
Con:
اَنْ يَـضْرِبَ → يَـضْرِبُ (amil Nasab)
يَــقْرَأَ → يَــقْرَأُلَنْ (amil Nasab)
يَـضْرِبُ → يَـضْرِبْ لمْ (amil Jazam)
Pola Wazan Fe’el Mudhare’ ( yang disesuaikan dengan Dhamir )
Fe’el mudhare pada dasarnya adalah fe’el
yang mu’rab (kecuali pada keadaan tertentu) dan tetap berada dalam kedudukan rafa’
/berbaris depan selagimana tidak didahului dengan amil nasab atau amil jazam.
Pembahagian bentuk i’rab fe’el mudhare boleh dijelaskan
seperti rajah berikut:
1. I’rab fe’el mudhare ketika kondisi rafa’
Fe’el mudhare’ pada asasnya berada dalam kondisi rafa’ jika tidak didahului oleh haraf nasab dan haraf jazam ( تَجَرُّدُهُ عَنْ النُّوَاصِبِ وَالجَوَزِمِ ) yang disebut sebagai ‘yang tidak bersambung dengan sesuatu apapun’. (الفِعْلُ المُضَارِعُ الُّذِيْ لَمْ يَتُّصِلْ بِاخِرِهِ شَٟيْءٌ ).
Dalam contoh jadual, fe’el mudhare’ (يَعْمَلُ) berada dalam kondisi rafa’ kerana tidak didahului oleh haraf nasab dan jazam ( تَجَرُّدُهُ عَنْ النُّوَاصِبِ وَالجَوَزِمِ ) Tanda i’rab ialah dhammah/ baris depan ( اَلضَّمَةُ الظَّاهِرَةُ ) kerana fe’el mudhare’ ini merupakan fe’el mudhare’ sahih (ianya tidak mengandungi huruf mu’tal, iaitu huruf sakit (وا، ي، )).
Contoh fe’el mudhare’ (يَدْعُوْ & يَسْعَىْ ) merupakan fe’el mudhare’ mu’tal akhir
Fe’el mudhare’ ini dikenali sebagai fe’el lima (الْفعْلُ الخَمسَةُ)
dan tanda i’rab ketika kondisi rafa’nya ialah huruf nun ( ثُبُوْتُ النُوْنِ ).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan