Isnin, 8 Jun 2020

Amil Nasab كَيْ


Amil Nasab   لَامْ  كَيْ   &  كَيْ  

  كَيْ   bermaksud SUPAYA


Haraf كي  berfungsi sebagai:

1. Haraf Masdar – boleh menukar fe’el kepada makna Isim

2. Haraf Nasab – menasabkan fe’el mudhare’ selepasnya.

3. Haraf Istiqbal استقْبالْ bermaksud akan datang

Haraf كي  sama seperti haraf أَنْ  yang menasabkan fe’el mudhare’ selepasnya.


Contoh: Surah Taha Ayat 40

إِذۡ تَمۡشِيٓ أُخۡتُكَ فَتَقُولُ هَلۡ أَدُلُّكُمۡ عَلَىٰ مَن يَكۡفُلُهُۥۖ فَرَجَعۡنَٰكَ إِلَىٰٓ أُمِّكَ كَيۡ تَقَرَّ عَيۡنُهَا وَلَا تَحۡزَنَۚ وَقَتَلۡتَ نَفۡسٗا فَنَجَّيۡنَٰكَ مِنَ ٱلۡغَمِّ وَفَتَنَّٰكَ فُتُونٗاۚ فَلَبِثۡتَ سِنِينَ فِيٓ أَهۡلِ مَدۡيَنَ ثُمَّ جِئۡتَ عَلَىٰ قَدَرٖ يَٰمُوسَىٰ

"Ketika saudara perempuanmu pergi mencarimu lalu berkata kepada orang-orang yang memungutmu:" Mahukah, aku tunjukkan kamu kepada orang yang boleh memeliharanya?" Maka dengan jalan itu Kami mengembalikanmu kepada ibumu supaya tenang hatinya dan supaya ia tidak berdukacita kerana bercerai denganmu; dan semasa engkau membunuh seorang lelaki, lalu Kami selamatkan engkau dari kesusahan pembunuhan itu; dan Kami telah melepaskan engkau berkali-kali d ari berbagai-bagai cubaan; kemudian engkau tinggal dengan selamat beberapa tahun dalam kalangan penduduk negeri Madyan; setelah itu engkau sekarang datang dari sana pada masa yang telah ditentukan, wahai Musa!



Amil Nasab   لَامْ  كَيْ     

bermaksud SUPAYA atau UNTUK

( لَامْ  التعليل  &  لَامْ  كَيْ  (  ل    

menjelaskan sebab perbuatan. 



Contoh ayat Quran: Surah An Nahl ayat 44:

بِٱلۡبَيِّنَٰتِ وَٱلزُّبُرِۗ وَأَنزَلۡنَآ إِلَيۡكَ ٱلذِّكۡرَ لِتُبَيِّنَ لِلنَّاسِ مَا نُزِّلَ إِلَيۡهِمۡ وَلَعَلَّهُمۡ يَتَفَكَّرُونَ

(Kami utuskan Rasul-rasul itu) membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang membuktikan kebenaran mereka) dan Kitab-kitab Suci (yang menjadi panduan); dan kami pula turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Al-Quran yang memberi peringatan, supaya engkau menerangkan kepada umat manusia akan apa yang telah diturunkan kepada mereka, dan supaya mereka memikirkannya.

Dalam kalimah    لِتُبَيِّنَ ,  ل   adalah haraf nasab yang membarisataskan fe’el mudhare’ selepasnya dan menjelaskan sebab perbuatan, أَنزَلۡنَآ.  ل tersebut menjelaskan kenapa diturunkan peringatan.  



Contoh ayat:

أَعَلِّمُكَ العَرَبِيَّةَ لِنَفْهَمَ القُرْاَنَ

Saya mengajar awak Bahasa Arab supaya awak faham Quran.
لِ  pada kalimah لِنَفْهَمَ  adalah تعليل ل  yang mana ia membarisataskan kalimah    نَفْهَمَ   selepasnya.  

تعليل  ل  tidak akan ada jika tiada perbuatan sebelumnya dan
tidak boleh berlaku di awal kalimah.

Perbezaan diantara ل  amil nasab dan  ل haraf jar.

       جرمجرور     =    إسْمُ + ل
             نصب     =   فِعل مُضَارِعُ + ل


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kaana wa Akhawatuha

  بَابُ العَوَامِلِ الدَاخِلَةِ عَلَى المُبْتَدَأِ وَالْخَبَرِ Bab Amil-amil yang masuk kepada Mubtada dan Khabar J umlah Ismiyyah terdiri d...