Ahad, 9 Ogos 2020

Amil Jazam Bhgn 2



Amil Jazam ke 3  أَلَمْ    
bermaksud APAKAH TIDAK/ BUKANKAH


Haraf   أَلَمْ seumpama haraf  لَمْ . Haraf  أَلَمْ   ditambah hamzah taqrir, أَ didepannya,membawa maksud hamzah keterangan / penentuan atau lapuran. Ianya membawa maksud ‘apakah tidak’.


Contoh 1: Surah An Sharh ayat 1



أَلَمۡ نَشۡرَحۡ لَكَ صَدۡرَكَ  


Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ?



Contoh 2: Surah Al Fiil


     أَلَمۡ يَجۡعَلۡ كَيۡدَهُمۡ فِي تَضۡلِيلٖ


Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka?





Amil Jazam ke 4,   لَمَّا أَ   

Bermaksud APAKAH BELUM LAGI



Jika haraf   لَمَّا   membawa maksud belum lagi. Maka haraf   أَلَمْ ditambah hamzah taqrir, أَ didepannya yakni hamzah keterangan , penentuan atau lapuran dan ianya membawa maksud ‘apakah belum lagi’
.


ألَمَّا تَذْهَبْ إِلَى الْجَامِعَةِ ؟

Apakah kamu belum lagi pergi ke Universiti?





Amil Jazam ke 5  الدُّعَاءِ وَ لَامُ اَلْأَ مْرِ  

Bermaksud HENDAKLAH (perintah) dan SUDILAH KIRANYA 


Haraf
لَامُ اَلْأَ مْرِ adalah satu arahan yakni tuntutan yang mesti dibuat manakala

الدُّعَاءِ 
لَامُ adalah satu permintaan dari bawah ke pihak atas. 


Contoh: Surah At-Talaq 65 Ayat 7

 

لِیُنفِقۡ ذُو سَعَةࣲ مِّن سَعَتِهِۦۖ وَمَن قُدِرَ عَلَیۡهِ رِزۡقُهُۥ فَلۡیُنفِقۡ مِمَّاۤ ءَاتَىٰهُ ٱللَّهُۚ لَا یُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفۡسًا إِلَّا مَاۤ ءَاتَىٰهَاۚ سَیَجۡعَلُ ٱللَّهُ بَعۡدَ عُسۡرࣲ یُسۡرࣰا

 

Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.

 

Contoh 2: Quran Surah Az-Zukhruf 43, Ayat 77

 وَنَادَوۡاْ يَٰمَٰلِكُ لِيَقۡضِ عَلَيۡنَا رَبُّكَۖ قَالَ إِنَّكُم مَّٰكِثُونَ

 

Dan mereka menyeru (ketua malaikat penjaga neraka, dengan berkata): "Wahai Malik! Biarlah hendaknya Tuhanmu mematikan kami (kerana kami tidak tahan menderita)!" Maalik menjawab: "Sesungguhnya kamu tetap kekal di dalam azab!"

 

Kerja لام Jazam adalah mematikan Feel Mudhare selepasnya dengan maksud HENDAKLAH.


Contoh:

    Feel Madhi         Feel Mudhare             Feel Mudhare di jazam

    لِيَــضْرِبْ             يَــضْرِبُ              ضَرَبَ

    لِيَقۡضِ                  يَقۡضِ                 قَضَ

    لِيَنَكِحْ                      يَنْكِحُ                 نَكَحَ



Kaedah baris untuk لام الأمر

لام الأمر  berbaris bawah tetapi jika hadir  و  atau  ف  sebelumnya akan disukunkan.

 Contoh:     فلْيعبدوا



Amil Jazam ke 6  الدُّعَاءِ وَ   اَلنَّهْي   


Bermaksud LARANGAN dan JANGANLAH KIRANYA

 

 Haraf   لا الناهية  berfungsi untuk meminta meninggalkan sesuatu حرف لطلب تَرْك الشيء


Atau berkehendak/ memutus meninggalkan sesuatu dari buat dan berhenti. Hal ini berlaku dari pihak atas ke pihak bawah.

 

 


Contoh: Quran Surah Al Baqarah 2 ayat 286:

 

رَبَّنَا وَلَا تَحۡمِلۡ عَلَيۡنَآ إِصۡرٗا كَمَا حَمَلۡتَهُۥ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِنَاۚ ..


Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami.

 

 

Secara asas, bila ل  bertemu feel mudhare, huruf diawal kalimah
feel akan menentukan jenis mana ل beramal, meskipun tidak seratus peratus tepat.

i.               ل   ت = La nahi ( Jangan)/ لا الناهية

ii.             ل   ي = La nafi ( Tidak)



Kesimpulannya, boleh dirumuskan:

         

                     الأمر

                                       ل  =  Hendaklah

                        الدُّعَاءِ                                                       



 

        الناهي

  لا  =  Jangan

        الدُّعَاءِ







-end-

Rujukan: 
Ustaz Wan Jalaludin 
Matan Al Ajrumiyyah

Kaana wa Akhawatuha

  بَابُ العَوَامِلِ الدَاخِلَةِ عَلَى المُبْتَدَأِ وَالْخَبَرِ Bab Amil-amil yang masuk kepada Mubtada dan Khabar J umlah Ismiyyah terdiri d...