Jumaat, 13 November 2020

SoalJawabMubtada'Khobar

 

Soal Jawab Isu Mubtada & Khobar


Firman Allah SWT:

وَٱللَّهُ مِن وَرَآئِهِم مُّحِيطُۢ

Sedang Allah, dari belakang mereka, melingkungi mereka (dengan kekuasaanNya)!

Surah Al-Buruj, Ayat 20

 

Dalam ayat di atas, Mubtada' adalah الله  , Khobar adalah  محيط    Kalimah  من وراءهم  pula adalah penjelasan tambahan kpd Khobar

dan boleh juga disebut ayat tambahan bagi menerangkan dengan lebih jelas tentang mubtada' khobar tersebut

Jadi khobar tersebut adalah khobar mufrad

 

Apabila hendak I’rab akan sesuatu khobar, sekira ada isim mufrod yg sesuai menjelaskan mubtada, maka ia akan didahulukan utk menjadi khobar.

Selain dari itu juga, dalam menentukan kalimah mana yang menjadi khobar, adalah amat perlu kita memahami makna kalimat supaya kita tidak tersasar dalam memilih khobar.

Didalam takrif khobar, dikatakan  الخبر هو المسند إليه                            khobar itu disandarkan makna pada mubtada.

Sebagaimana contoh ayat:

زيدٌ جميلٌ

Kalimah ‘Jamiilun’ adalah Khobar.

 

Untuk memahami kedudukan mubtada' dan khobar pada ayat Quran  Surah Al Buruj ayat 20 di atas, lihat kepada contoh berikut :

 زيدٌ من كوالا لومبور جميلٌ

 

Kalimah ‘Jamiilun’ diatas juga adalah khobar cuma ia diselangi oleh jar majrur sahaja.

Dalam kedua-dua contoh diatas, apakah sebenarnya hendak kita bincangkan berkenaan dengan zaid?

Tidak lain, kita sebenarnya hendak menyatakan bahawa Zaid itu lawa.

 

Begitulah yang berlaku didalam ayat al quran ini.

Asalnya ialah

واللهُ محيطٌ

Kalimah ‘Muhith’ itu adalah khobar dan jelas tertera alamat khobar iaitu dhommah.

 

Dalam ayat asalnya, antara mubtada’ dan Khobar terdapat kalimah lain.

والله من ورآئهم محيطٌ

Kenapa berlaku begini?

Disinilah berlakunya rahsia maksud kalam Allah.  Sedangkan boleh sahaja Allah berfirman:

والله محيط من ورآئهم

 

S1: Kenapa kita tak boleh ambil ‘min kuala lumpur jamilun’ itu sebagai khobar kepada Zaid ? Bukankah Zaid lawa dan Zaid juga dari kuala lumpur

J1: Jika kita terjemah ayat ‘zaid itu, ialah dari kuala lumpur lawa’.

Dari segi gaya bahasa ayat, maksudnya seolah-olah tidak berapa tepat.

Sekiranya perkataan ‘jamilun’  tiada disitu, maka layaklah ‘min kuala lumpur’ menjadi khobar,

 

S2: Bukankah ayat tersebut hendak menceritakan tentang zaid dari kuala lumpur?

Kalau dikatakan yang ‘Zaid yang dari Kuala Lumpur itu lawa’?

 

J2: Dalam terjemahan ‘Zaid yang dari Kuala Lumpur lawa’ ada kalimat ‘yang’ yakni Isim mausul dan menjadikan ayat tersebut seperti berikut .

زيد الذي من كولا لومبور جميل

Jadi tidak boleh ada ‘yang’ dalam terjemahan.

 

S3: Jadi maksudnya ‘min Kuala Lumpur’ itu hanyalah tambahan ayat yang tidak perlu kepada perbahasan?

 

J3: Ya betul, ‘min’ tersebut kita katakan sebagai ‘min zaidah’

 

S4: Apa beza kalau saya tukarkan   زيد  من كولا لومبور جميل  kepada 

  زيد الجميل من كولا لومبور

J: ‘Jamilun’ tidak boleh ada ال sbb dia Khobar dan syarat lain Khobar mestilah isim nakirah.

 

S: Bolehkah adanya 2 atau lebih khobar untuk satu mubtada. Jika dilihat dari ayat زيد جميل من كولا لومبور adakah boleh saya katakan khobar bagi mubtada zaid adalah ‘jamiilun’ dlm bentuk isim mufrad, dan khobar ke 2 adalah ‘min kuala lumpur’ dlm bentuk jar majrur?


J: Khobar boleh ujud lebih dari satu, tetapi ia mestilah diselangi waw athof.  Fungsi waw athof pula ialah menyambung cerita (kalimat sejenis) dan menyamakan baris (kalimat mesti sama).


Contoh :

زيد جميل و كبير

Dalam contoh ini ‘jamiilun’ adalah Khobar pertama manakala ‘kabiirun’ Khobar kedua.


Sekiranya berlaku seperti contoh berikut, maka tidaklah boleh dikatakan khobar itu ada lebih dari satu.

Contoh :

زيد جميل ومن كوالا اومبور

Ayat ni semakin jadi tidak sempurna kerana diletakkan waw athof untuk menyatakan khobar.

Kalimat selepas waw dan sebelum waw tidak sama,

Sedangkan fungsi waw athof ialah menyambung cerita (kalimat sejenis) dan menyamakan baris.

 

Katakanlah jika kita tetap mahu ‘min kuala lumpur’ itu menjadi Khobar,

Maka disinilah kita gunakan kuasa TAKDIR KALAM

 

Asal ayat

زيد جميل ومن كوالا لومبور

 

Takdir kalam

زيد جميل وهو من كوالا لومبور

 

Maka, ‘jamiilun’ menjadi khobar kepada Zaid dan ‘min kuala lumpur’ pula menjadi khobar kepada mubtada’ yang mahzuf takdir ‘huwa’.

Zaid itu lawa dan dia dari kuala lumpur.



-end-

والله أعلمُ بالـصـواب

Mubtada'&Khobar

 

Bab Mubtada’ dan Khobar

خبر و مبتدأ بَابُ

المُبْتَدَأُ هوَ الاِسْمُ المَرْفُوْعُ العَارِيْ عَنْ العَوَامِلِ اللَّفْظِيَّةِ *

 وَالْخَبَرُ هُوَ الاِسْمُ  المَرْفُوْعُ المُسْنَدُ إِلَيْه نَحْوُ قَوْلِكَ 

زَيْدٌ قَائِمٌ وَالزَّيْدَانِ قَا ئِمَانِ وَالزَّيْدُوْنَ قَائِمُوْنَ  


Mubtada’ ( مبتدأ ) adalah kalimat isim hukum marfu’ yang  terletak di awal jumlah atau ayat dan bebas dari amil-amil atau penyebab secara lafaz.

Jumlah ismiyyah adalah  terdiri dari susunan mubtada' dan khabar.           Yang dikatakan Jumlah Ismiyyah ( الجملة الاسمية ) itu adalah jumlah/ ayat yang diawali atau dimulai dengan isim (kata benda).

Mubtada' merupakan subjek dalam sebuah ayat dan ketika menjadi subjek, mubtada' mempunyai beberapa ciri yang khusus iaitu:

1.     Isim Ma'rifat (kata khusus/tertentu/spesifik, bukan umum)

      contoh: nama orang, kata benda yang diawali alif+lam ( اَل ),                            isim dhomir, isim alam dsb.

2   Baris asas adalah baris depan  ُ ٌ  dihujung kalimah.

 

Khabar ( خبر ) adalah isim hukum marfu’ yang disandarkan kepada mubtada’.

Khabar merupakan predikat, berperanan menjelaskan atau menerangkan keadaan mubtada' (subjek).  Khobar boleh berupa katanama, kalimat mufrad atau ayat.

Ciri-ciri khusus khobar ialah:

1.   Isim Nakirah (kata umum dan bukan spesifik 

2.  Baris asas adalah baris depan  ُ  ٌ  dihujung kalimah (khusus bagi khobar berbentuk isim mufrad) .

Contoh Mubtada' dan Khabar:

قَا ئِمٌ زَيْدٌ  

Mufrad


اَلزَّيْدَانِ قَا ئِمَانِ 

Muthanna


اَلزَّيْدُونَ  قَا ئِمُون

Jama’


Kalimah  زَيْدٌ  adalah mubtada' kata nama khas dan ianya berbaris depan disebabkan oleh kedudukannya sebagai mubtada’.

Cara I’rab: مُبْتَدَأٌ مَرْفُوْعٌ وَعَلاَمَةُ رَفْعِهِ ضَمَّةٌ


Kalimah   قَا ئِمٌ   adalah khobar mufrad marfu’.

Cara I’rab:  خَبَرٌ مَرْفُوْعٌ وعَلاَمَةُ رَفْعِهِ ضَمَّةٌ


Kalimah  اَلزَّيْدَانِ   adalah mubtada’ bilangan Muthanna dan hukum barisnya  marfu’ bil alif.  
Cara I’rab: مُبْتَدَأٌ مَرْفُوْعٌ وَعَلاَمَةُ رَفْعِهِ الأَلِفُ

Kalimah   قَا ئِمَانِ  adalah khabar lafaz mufrad (satu kalimah) dengan bilangan muthanna dan wajib mengikut bentuk mubtada’ dari segi bilangan. Hukum baris kalimah ini adalah marfu’ bil alif.    مَرْفُوْعٌ ب الألِفُ  

Cara I’rab:  خَبَرٌ مَرْفُوْعٌ وَعَلاَمَةُ رَفْعِهِ الأَلِفُ


Kalimah اَلزَّيْدُونَ adalah mubtada’ dalam bentuk jama’.

Cara I’rab:  

مُبْتَدَأٌ مَرْفُوْعٌ وَعَلاَمَةُ رَفْعِهِ الوَاوُ 


Kalimah   قَا ئِمُونَ  adalah khobar lafaz mufrad (satu kalimah) dengan bilangan jama’. 
Cara I'rab:    خَبَرٌ مَرْفُوْعٌ وَعَلاَمَةُ رَفْعِهِ الوَاوُ

Hukum baris untuk mubtada' dan khobar adalah marfu’ bil waw. 

       مَرْفُوْعٌ ب  الوَاوُ  


Mubtada’ itu ada dua bagian:


1. Mubtada’ isim dzahir 
2. Mubtada’ isim dhamir


Mubtada’ isim dzahir itu adalah sepertimana contoh di atas yakni katanama khas,

زَيْدٌ , اَلزَّيْدَانِ , اَلزَّيْدُونَ

 

Contoh lain seperti:

    الكتَابُ  كَثِيْرٌ  - Alkitaabu kasirun

 الزَوْجَةُ  وَاحِدَةٌ -  Azzaujatu waahidatun


Alkitaabu dan Azzaujatu adalah mubtada' isim dzahir.



Mubtada’ isim dhamir itu ada empat belas :

, أَنْتُمْ, أَنْتُمَا , أَنْتَ  , هُنَّ, هُمَا, هِيَ, هُمْ,  هُمَا, هُوَ

نَحْنُ , أَنَاأَنْتُنَّ , أَنْتُمَا , أَنْتِ  

Contoh Mubtada’ Khabar

Dhamir

Jantina

جَمِيلٌ هُوَ

هُوَ

 

جَمِيلَانِ  هُمَا

هُمَا

مُذَكَّرٌ

جَمِيلُونَ هُمْ

هُمْ

 

جَمِيلَةٌ  هِيَ

هِيَ

 

جَمِيلَانِ  هُمَا

هُمَا

مُؤَنَّثٌ

جَمِيلَهُنَّ  هُنَّ

هُنَّ

 

جَمِيلَتَ أَنْتَ

أَنْتَ

 

جَمِيلَتُمَا  أَنْتُمَا

أَنْتُما

مُذَكَّرٌ

جَمِيلُونَ   أَنْتُم

أَنْتُم


جَمِيلَتِ  أَنْتِ

أَنْتِ


جَمِيلَتُمَا  أَنْتُمَا

أَنْتُمَا

مُؤَنَّثٌ

جَمِيلَتُنَّ  أَنْتُنَّ

أَنْتُنَّ

 

جَمِيلٌ أَنَا

أَنَا

مُذَكَّرٌو مُؤَنَّثٌ

جَمِيلُونَ نَحْنُ

نَحْنُ

 































Baris akhir kalimah dhamir kekal asal dan tidak berubah kerana isim dhamir bersifat mabni  ٌمَبْنِيّ  atau kebal.

Kalimah      جَمِيلٌ هُوَ  bermaksud ‘dia (L) cantik’ yang mana  هُوَ menjadi mubtada’ dan   جَمِيلٌ  menjadi khobar.  Kedua-duanya berada pada kedudukan hukum marfu’. 

Cara I’rab mubtada’  جَمِيلٌ هُوَ  :

    مَحَلّ رَفْعٍ مُبْتَدَ أٌ ضَمِيْرٌ مُنْفَصِلٌ مَبْنِيٌّ عَلَى الفَتْحِ فِيِ  هُوَ 

Cara I’rab khabar:

      جَمِيلٌ  خَبَرٌ  مَرْفُوْعٌ وعَلاَمَةُ رَفْعِهِ ضَمَّةٌ 



Begitulah seterusnya dengan ayat-ayat yang lain. 

Semua kalimah dhamir tersebut adalah mubtada’ isim dhamir mabni. Sementara khabar seperti contoh di atas adalah dalam lafaz mufrad yang berubah bentuk dihujung kalimah mengikut dhamir yang digunakan tetapi tetap berada pada posisi hukum marfu’.


Khobar itu ada dua bahagian:

1.   Khobar mufrad  مُفْرَدٌ  خَبَرٌ

2.   Khobar ghairu mufrad ( bukan mufrad )  اَلخَبَرُ غَيْرُ المُفْرَدِ



Khobar mufrad sebagai contoh dalam kalimah:

          قَا ئِمٌ زَيْدٌ  

Kalimah lafaz mufrad,   قَا ئِمٌ    adalah khobar bagi mubtada’  زَيْدٌ . Begitu juga kalimah di atas seperti قَائِمُونَ , جَمِيلَتَ dan lain-lain kalimah yang bersambung dengan dhomir dihujungnya dalam  satu lafaz adalah di kategorikan sebagai khobar mufrad


Khobar ghairu mufrad   اَلخَبَرُ غَيْرُ المُفْرَدِ  itu ada dua jenis:

1. الجُمْلَةُ

2. شِبْهُ الجُمْلَةِ


Jenis pertama  الجُمْلَةُ  terbahagi kepada dua bentuk:

1. Jumlah Fe’liyah,   اَلجُمْلَةُ الفِعْلِيَّةُ dengan Fe’il beserta Fa’ilnya  

2. Jumlah Ismiyyah, اَلجُمْلَةُ الاِسْمِيَةُ   dengan Mubtada’ beserta Khobar


Manakala jenis kedua  شِبْهُ الجُمْلَةِ  terbahagi dua bentuk:

1. Jar wa Majrur  جَرٌّ وَ مَجْرُوْرٌّ 

2. Zhorof yakni Ruang Masa dan Tempat ( ظَرْفُ الزَمَانِ وَ ظَرْفُ المَكَانِ )

 

Contoh bagi khabar berbentuk jumlah fe'liyah:

Ayat  هُقَامَ ابُو زيدٌ   bermaksud Zaid telah berdiri ayahnya

Kalimah  قَامَ ابُوهُ     adalah khabar dalam bentuk jumlah fe’iliyah yang mana terdapat kalimah fe’il madhi قَامَ  dan fa’il أَبوُ di dalam jumlah fe’liyah yang tersebut.

Cara I’rab ringkas:    فِيِ مَحَلِّ رَفْعٍ خَبَرُ المُبْتَدَأِ  وَالجُمْلَةُ الفِعْلِيَّةُ 

Cara I’rab khabar lengkap

 قَامَ فِعْلٌ مَاضٍ مَبْنِيٌّ عَلَى الفَتْحِ     

  وَأَبوُ فَاعِلٌ مَرْفُوْعٌ بِالوَاوِ لِأَنَّهُ مِنْ الأسمَاءِ اخَمْسَةِ وَهُوَ مُضَافٌ     

  وَالهاَءُ ضَمِيْرٌ مُتَّصِلٌ  مُضَافٌ إِلَيْهِ     


Contoh bagi khabar berbentuk jumlah ismiyyah. 

Ayat زيدٌ جارِيَتُهُ ذاهِبَة  bermaksud  Zaid jariahnya  pergi. Kalimah

جارِيَتُهُ ذاهِبَة    adalah khabar dalam bentuk jumlah ismiyyah yang mana terdapat jumlah dalam jumlah yang menjadikan ada  dua  mubtada'   زيدٌ dan  جارِيَتُ  dan khabar   adalah dalam bentuk jumlah Ismiyyah di mana جارِيَتُ. menjadi mubatada' kedua manakala ذاهِبَة .menjadi khabar kepada mubtada' kedua.


Cara I'rab lengkap: 

وَالجُمْلَةُ الاْسميَّةُ فَيْ مَحلٍ رَفْعٍ خَبَرٌ لِمُبْتَدَأٍ أَوَّلٍ جارِيَتُهُ ذَاهِبَةٌ  

مُبْتَدَأٌ مَرْفُوْعٌ وَعَلاَمَةُ رَفْعٍ ضَمَّةٌ زَيْدٌ

مُبْتَدَأٌ ثَانٍ مَرْفُوْعٌ بِضَمَّةٍ وَهُوَمُضَافٌ جَارِيَتُ

 مُضَافٌ إِلَيْهِ فَيْ محَلٍّ جَرٍّ   الهاَءُ

بِالضَمَّةِ  ثَانٍ مَرْفُوْعٌ  لِمُبْتَدَأٍ خَبَرٌ ذَاهِبَةٌ وَ    

 

Contoh bagi khabar berbentuk Jar Majrur:

Ayat زيدٌ فَيْ الدَارِ  bermaksud  Zaid dalam bilik.  

Kalimah    الدَارِفَيْ  adalah khabar dalam bentuk jar majrur dimana  فَيْ  adalah haraf jar. 

Cara I'rab khabar: 

فِى الدَّارِ شِبْهُ ا لجُمْلَةُ فِيْ مَحلٍ رَفْعٍ خَبَرٌ   

فِىْ حَرْفُ جَرِّ مَبْنِيٌّ عَلَى السُكُوْنِ 

وَالدَارُ مَجْرُوْرٌ بِحَرْفِ  جَرِّ


Contoh bagi khabar berbentuk zhorofظَرْفُ الزَمَانِ وَ ظَرْفُ المَكَانِ

Ayat    عِنْدَكَ زَيْدٌ     bermaksud Zaid disisi kamu.

Kalimah   كَ عِنْدَ   adalah    khabar dalam bentuk zhorof dimana عِنْدَ  adalah zhorof makan (tempat). 

Cara I'rab Khabar (Zhorof ):

الجُمْلَةُ فِيْ مَحلٍ رَفْعٍ خَبَرٌ  وَشِبْهُ عِنْدَكَ

وَهُوَمُضَافٌ  ظَرْفُ مَنْصُوْبٌ عَلَى الظَرْفِيَّةِ   عِنْدَ

مُضَافٌ إِلَيْهِ  فَيْ محَلٍّ جَرٍّ وَالكَافُ مَبْنِيٌّ عَلَى الفَتْحِ


Sekian, perbahasan ringkas untuk  mubtada' & khabar.

نأمل أن تكون مفيدة

 بَارَكَ اللهُ لَكُمْ 












Kaana wa Akhawatuha

  بَابُ العَوَامِلِ الدَاخِلَةِ عَلَى المُبْتَدَأِ وَالْخَبَرِ Bab Amil-amil yang masuk kepada Mubtada dan Khabar J umlah Ismiyyah terdiri d...