bermaksud APAKAH TIDAK/ BUKANKAH
أَلَمۡ نَشۡرَحۡ لَكَ صَدۡرَكَ
Contoh 2: Surah Al Fiil
أَلَمۡ يَجۡعَلۡ كَيۡدَهُمۡ فِي تَضۡلِيلٖ
Amil Jazam ke 4, لَمَّا
أَ
Bermaksud APAKAH BELUM
LAGI
Jika haraf لَمَّا membawa maksud belum lagi. Maka haraf أَلَمْ ditambah hamzah taqrir, أَ didepannya yakni hamzah keterangan , penentuan atau lapuran dan ianya membawa maksud ‘apakah belum lagi’.
Amil Jazam ke 5 الدُّعَاءِ وَ لَامُ اَلْأَ مْرِ
Bermaksud HENDAKLAH (perintah) dan SUDILAH KIRANYAHaraf لَامُ اَلْأَ مْرِ adalah satu arahan yakni tuntutan yang mesti dibuat manakala
الدُّعَاءِ لَامُ adalah satu permintaan dari bawah ke pihak atas.
Contoh: Surah At-Talaq 65 Ayat 7
لِیُنفِقۡ ذُو سَعَةࣲ
مِّن سَعَتِهِۦۖ وَمَن قُدِرَ عَلَیۡهِ رِزۡقُهُۥ فَلۡیُنفِقۡ مِمَّاۤ ءَاتَىٰهُ ٱللَّهُۚ
لَا یُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفۡسًا إِلَّا مَاۤ ءَاتَىٰهَاۚ سَیَجۡعَلُ ٱللَّهُ بَعۡدَ
عُسۡرࣲ یُسۡرࣰا
Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.
Contoh 2: Quran Surah Az-Zukhruf 43, Ayat 77
وَنَادَوۡاْ يَٰمَٰلِكُ لِيَقۡضِ عَلَيۡنَا رَبُّكَۖ قَالَ إِنَّكُم مَّٰكِثُونَ
Dan mereka menyeru (ketua malaikat penjaga neraka, dengan berkata): "Wahai Malik! Biarlah hendaknya Tuhanmu mematikan kami (kerana kami tidak tahan menderita)!" Maalik menjawab: "Sesungguhnya kamu tetap kekal di dalam azab!"
Kerja لام Jazam adalah mematikan Feel Mudhare selepasnya dengan maksud HENDAKLAH.
Contoh:
Feel Madhi Feel Mudhare Feel Mudhare di jazam
لِيَــضْرِبْ يَــضْرِبُ ضَرَبَ
لِيَقۡضِ يَقۡضِ قَضَ
لِيَنَكِحْ يَنْكِحُ نَكَحَ
Kaedah baris untuk لام
الأمر
لام الأمر berbaris
bawah tetapi jika hadir و atau ف sebelumnya
akan disukunkan.
Contoh: فلْيعبدوا
Amil Jazam ke 6 الدُّعَاءِ وَ اَلنَّهْي
Bermaksud LARANGAN dan JANGANLAH KIRANYA
Haraf لا الناهية berfungsi untuk meminta meninggalkan sesuatu حرف لطلب تَرْك الشيء
Atau berkehendak/ memutus meninggalkan sesuatu dari buat dan berhenti. Hal ini berlaku dari pihak atas ke pihak bawah.
Contoh: Quran Surah Al Baqarah 2 ayat 286:
رَبَّنَا وَلَا تَحۡمِلۡ عَلَيۡنَآ
إِصۡرٗا كَمَا حَمَلۡتَهُۥ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِنَاۚ ..
i.
ل + ت = La nahi (
Jangan)/ لا
الناهية
ii.
ل + ي = La nafi ( Tidak)
Kesimpulannya, boleh dirumuskan:
الأمر
ل = Hendaklah
الدُّعَاءِ
الناهي
الدُّعَاءِ
Tiada ulasan:
Catat Ulasan