Khamis, 22 Oktober 2020

Amil Jazam Bhgn 3

 

Sambungan dari amil jazam 2


كلمات تجزم فعلين

Setelah diterangkan tentang amil jazam bahgian pertama yang menjazamkan satu fe'el sahaja, baki 12 amil jazam ini  menjazamkan 2 fe’el dan muafakat ulamak membahagikan amil jazam ini kepada 4 jenis.


1. حرف با تفاق

2. با تفاق اسم

3. حرف على الأصح

4اسم على الأصح

 

 Amil yang menjazmkan dua fe’el ada 12 amil iatu :


إن، ، من، ما، مهما، إذ ما، أي، متى، أيان، أين، أنى، حيثما، كيفما

 

Semua amil ini merupakan kalimat isim kecuali  إن، إذ ما،   keduanya merupakan kalimat huruf.

Adapun ”كيفما”  menurut pendapat yang sohih bukanlah amil jazam.


Amil-amil  ini menjazamkan dua kalimat fe’el secara lafaz jika memang masuk pada fe’el mudhore’,dan menjazamkan secara mahallan jika masuk pada fe’el madhi. 

Adapun kedudukan dua fe’el yang dijazmkan ini iaitu fe’el yang pertama berkedudukan menjadi fe’el syarat dan fe’el yang kedua berkedudukan menjadii fe’el jawab dan jaza’.

Terkadang fe’el syarat berupa fe’el madhi dan fe’el jawabnya berupa fe’el mudhore’ begitu juga sebaliknya atau boleh juga kedua-duanya sama jenis.

Amil Jazam ke 7 إِنْ

Bermaksud SEKIRANYA/ JIKA


Contoh:

 إن تَقْرَأْ تَنْجَحْ

Jika kamu membaca kamu berjaya


  إِنْ    Adalah haraf syarat jazam mabni yang tidak ada tempat baginya untuk di i’rab.

حرف شرط جازم مبني لا محل له من الإعراب إن

 

 تَقْرَأْ  adalah fe’el mudhare majzum dengan adanya haraf  إن dan tanda jazam sukun dan ianya adalah fe’el syarat.

فعل مضارع مجزوم ب (إن) وعلامة جزمه السكون وهو فعل الشرط أ  تَقْرَ

 تَنْجَحْ  adalah fe’el mudhare majzum dengan adanya haraf  إن  dan tanda jazam sukun dan ianya adalah jawab syarat.

 فعل مضارع مجزوم ب (إن) وعلامة جزمه السكون وهو جواب الشرط تنجح 

 

Bila ada haraf syarat mesti ada fe’el syarat dan jawab syarat.

 

 Contoh 2:

 إنْ تَقْرَأْ  كتَابَ النَّحْوَ \  تَفْهَمْ القُرْاَنَ

Jika kamu membaca kitab nahu, kamu akan faham Al Quran

 

Jawab syarat / Fe’el syarat

 

 

Amil Jazam ke 8  ما


Bermaksud APAPUN


ما  adalah اسم شرط لغير العاقل

 Contoh: Quran Surah Al Baqarah Ayat197

 

 …. وَمَا تَفۡعَلُواْ مِنۡ خَيۡرٖ يَعۡلَمۡهُ ٱللَّهُۗ

Dan apa jua kebaikan yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah;…

 

 

Amil Jazam ke 9  من

Bermaksud SESIAPA/ BARANGSIAPA


 

من   adalah  اسم شرط للعاقل

Contoh : Quran Surah Al Zalzalah ayat 7


 فَمَن يَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَرَّةٍ خَيۡرٗا يَرَهُۥ

 Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya).





Amil Jazam ke 10  مهما


Bermaksud APAPUN/ BAGAIMANA


مهما adalah اسم شرط لغير العاقل dan beramal sama seperti ما

Contoh:

   تفعل من خير يعلمه الله  مهما

Apapun yang awak lakukan, Tuhan lebih mengetahui



Amil Jazam ke 11 إذما

Bermaksud JIKA


إذما  adalah seperti إن


Contoh:

       تذاكرْ تنجحْإذما

Jika awak ingat, awak akan berjaya

تذاكرْ فعل مضارع مجزوم ب (إذما) وعلامة جزمه السكون وهو فعل الشرط            


Amil Jazam ke 12 أيّ

Bermaksud YANG MANA


أيّ adalah اسم شرط معرب

Ciri-ciri أيّ

  •  Kesemua كلمات الشرط adalah مبنية kecuali أيّ yang mana معرب

 أي sentiasa مضافة

    ·      أيّ    Boleh digunakan untuk orang عاقل

    Contoh:     طالبٍ يذاكرْ ينجحْ   أيَّ

 

  •         Boleh digunakan untuk bukan orang  غير العاقل

        Contoh:    كتابٍ تقرأْ أقرأ أيّ

·       

  •         Boleh digunakan untuk Ruang Masa زمان

            Contoh:    يومٍ تدرسْ أدرسْ معك  أيّ  

·       

  •         Boleh digunakan untuk Ruang Tempat مكان

            Contoh:   مكانٍ تذهبْ أذهبْ معك  أيَّ

·        

  •       Boleh juga ditambah  ما selepas أي (أحياناً نزيد (ما) بعد أي)

        

        Contoh 1: Quran Surah ِAl Qasas Ayat 28

                             أَیَّمَا ٱلۡأَجَلَیۡنِ قَضَیۡتُ فَلَا عُدۡوَ ٰ⁠نَ عَلَیَّۖ

               bermaksud: yang mana saja dari dua tempoh itu  yang aku                                 tunaikan..

        

 Amil Jazam ke 13 مَتَى

Bermaksud BILA


متى adalah اسم شرط للزمان

Contoh:

  مَتَى تَذهَبْ أِذهَبْ مَعَك

Bila awak pergi, saya akan pergi dengan awak

 

 Amil Jazam ke 14  أَينَ

Bermaksud KE MANA / DI MANA


أين adalah اسم شرط للمكان

Contoh:

  أَينَ تَذْهَبْ أِذْهبْ مَعَك

Kemana awak pergi, saya akan pergi dengan awak

  


Amil Jazam ke 15  أَيَّانَ

Bermaksud BILAMANA


أيان adalah اسم شرط للزمان dan beramal sama seperti متى


Contoh:

  أيانَ تَذْهَبْ أِذْهَبْ مَعَك

Bilamana awak pergi, saya akan pergi dengan awak



Amil Jazam ke 16  أَنَّى

Bermaksud DIMANA


أنى adalah اسم شرط للمكان dan beramal sama seperti أين


Contoh:

 

 أنى تَذْهَبْ أِذْهَبْ مَعَك

Kemana awak pergi, saya akan pergi dengan awak

 


Amil Jazam ke 17  ماحَيْث

Bermaksud DIMANA / BILAMANA

 

حيثما adalah اسم شرط للمكان dan beramal sama seperti أنى

Contoh:

 

     تَذْهَبْ أِذْهَبْ مَعَكحيْثما

Dimana awak pergi, saya akan pergi dengan awak

 


Amil Jazam ke 18  كَيْفَمَا

Bermaksud BAGAIMANA (merujuk kepada kelakuan)

 

Contoh banyak terdapat pada syair Arab    


-end-



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kaana wa Akhawatuha

  بَابُ العَوَامِلِ الدَاخِلَةِ عَلَى المُبْتَدَأِ وَالْخَبَرِ Bab Amil-amil yang masuk kepada Mubtada dan Khabar J umlah Ismiyyah terdiri d...