Soal Jawab Isu Mubtada & Khobar
Firman Allah SWT:
وَٱللَّهُ مِن وَرَآئِهِم مُّحِيطُۢ
Sedang Allah, dari belakang mereka, melingkungi mereka (dengan kekuasaanNya)!
Surah Al-Buruj, Ayat 20
Dalam ayat di atas, Mubtada' adalah الله , Khobar adalah محيط Kalimah من وراءهم pula adalah penjelasan tambahan kpd Khobar
dan boleh juga disebut ayat tambahan bagi menerangkan dengan lebih jelas tentang mubtada' khobar tersebut
Jadi khobar tersebut adalah khobar mufrad
Apabila hendak I’rab akan sesuatu khobar, sekira ada isim mufrod yg sesuai menjelaskan mubtada, maka ia akan didahulukan utk menjadi khobar.
Selain dari itu juga, dalam menentukan kalimah mana yang menjadi khobar, adalah amat perlu kita memahami makna kalimat supaya kita tidak tersasar dalam memilih khobar.
Didalam takrif khobar, dikatakan الخبر هو المسند إليه khobar itu disandarkan makna pada mubtada.
Sebagaimana contoh ayat:
زيدٌ جميلٌ
Kalimah ‘Jamiilun’ adalah Khobar.
Untuk memahami kedudukan mubtada' dan khobar pada ayat Quran Surah Al Buruj ayat 20 di atas, lihat kepada contoh berikut :
زيدٌ من كوالا لومبور جميلٌ
Kalimah ‘Jamiilun’ diatas juga adalah khobar cuma ia diselangi oleh jar majrur sahaja.
Dalam kedua-dua contoh diatas, apakah sebenarnya hendak kita bincangkan berkenaan dengan zaid?
Tidak lain, kita sebenarnya hendak menyatakan bahawa Zaid itu lawa.
Begitulah yang berlaku didalam ayat al quran ini.
Asalnya ialah
واللهُ محيطٌ
Kalimah ‘Muhith’ itu adalah khobar dan jelas tertera alamat khobar iaitu dhommah.
Dalam ayat asalnya, antara mubtada’ dan Khobar terdapat kalimah lain.
والله من ورآئهم محيطٌ
Kenapa berlaku begini?
Disinilah berlakunya rahsia maksud kalam Allah. Sedangkan boleh sahaja Allah berfirman:
والله محيط من ورآئهم
S1: Kenapa kita tak boleh ambil ‘min kuala lumpur jamilun’ itu sebagai khobar kepada Zaid ? Bukankah Zaid lawa dan Zaid juga dari kuala lumpur
J1: Jika kita terjemah ayat ‘zaid itu, ialah dari kuala lumpur lawa’.
Dari segi gaya bahasa ayat, maksudnya seolah-olah tidak berapa tepat.
Sekiranya perkataan ‘jamilun’ tiada disitu, maka layaklah ‘min kuala lumpur’ menjadi khobar,
S2: Bukankah ayat tersebut hendak menceritakan tentang zaid dari kuala lumpur?
Kalau dikatakan yang ‘Zaid yang dari Kuala Lumpur itu lawa’?
J2: Dalam terjemahan ‘Zaid yang dari Kuala Lumpur lawa’ ada kalimat ‘yang’ yakni Isim mausul dan menjadikan ayat tersebut seperti berikut .
زيد الذي من كولا لومبور جميل
Jadi tidak boleh ada ‘yang’ dalam terjemahan.
S3: Jadi maksudnya ‘min Kuala Lumpur’ itu hanyalah tambahan ayat yang tidak perlu kepada perbahasan?
J3: Ya betul, ‘min’ tersebut kita katakan sebagai ‘min zaidah’
S4: Apa beza kalau saya tukarkan زيد من كولا لومبور جميل kepada
زيد الجميل من كولا لومبور
J: ‘Jamilun’ tidak boleh ada ال sbb dia Khobar dan syarat lain Khobar mestilah isim nakirah.
S: Bolehkah adanya 2 atau lebih khobar untuk satu mubtada. Jika dilihat dari ayat زيد جميل من كولا لومبور, adakah boleh saya katakan khobar bagi mubtada zaid adalah ‘jamiilun’ dlm bentuk isim mufrad, dan khobar ke 2 adalah ‘min kuala lumpur’ dlm bentuk jar majrur?
J: Khobar boleh ujud lebih dari satu, tetapi ia mestilah diselangi waw athof. Fungsi waw athof pula ialah menyambung cerita (kalimat sejenis) dan menyamakan baris (kalimat mesti sama).
Contoh :
زيد جميل و كبير
Dalam contoh ini ‘jamiilun’ adalah Khobar pertama manakala ‘kabiirun’ Khobar kedua.
Sekiranya berlaku seperti contoh berikut, maka tidaklah boleh dikatakan khobar itu ada lebih dari satu.
Contoh :
زيد جميل ومن كوالا اومبور
Ayat ni semakin jadi tidak sempurna kerana diletakkan waw athof untuk menyatakan khobar.
Kalimat selepas waw dan sebelum waw tidak sama,
Sedangkan fungsi waw athof ialah menyambung cerita (kalimat sejenis) dan menyamakan baris.
Katakanlah jika kita tetap mahu ‘min kuala lumpur’ itu menjadi Khobar,
Maka disinilah kita gunakan kuasa TAKDIR KALAM
Asal ayat
زيد جميل ومن كوالا لومبور
Takdir kalam
زيد جميل وهو من كوالا لومبور
Maka, ‘jamiilun’ menjadi khobar kepada Zaid dan ‘min kuala lumpur’ pula menjadi khobar kepada mubtada’ yang mahzuf takdir ‘huwa’.
Zaid itu lawa dan dia dari kuala lumpur.
-end-
والله أعلمُ بالـصـواب
Tiada ulasan:
Catat Ulasan